top of page

Jabatan Wilayah Persekutuan - KPKT tingkat kerjasama



Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa mengalu alukan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama kementerian itu yang dipertingkat dan diperkukuhkan.


Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas lawatan Menteri KPKT, Nga Kor Ming di Perbadanan Putrajaya semalam, kerjasama di antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan KPKT selepas ini akan meliputi isu-isu dasar serta inisiatif terkait aspek perumahan, landskap dan juga bandar pintar di ketiga-tiga kawasan Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


"JWP berterima kasih kepada YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan KPKT yang telah bersetuju meluluskan peruntukan sejumlah RM 20 juta kepada Jabatan Wilayah Persekutuan," kata kenyataan tersebut.


Kenyataan bersama itu menjelaskan RM10 juta diperuntukkan untuk menaik taraf tandas awam milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) kepada tandas BMW, singkatan tandas Bersih, Menawan dan Wangi.


RM5 juta lagi untuk mewujudkan 200 unit MyKiosk di Kuala Lumpur dan akan ditambah sekiranya ada keperluan untuk Putrajaya dan Labuan.


Hal itu, membolehkan peluang perniagaan diberikan kepada peniaga kecil untuk meningkatkan sosio ekonomi mereka dengan penyediaan kemudahan ruang niaga lebih selesa, selamat dan seragam; dan RM 5 juta lagi diperuntukkan untuk kerja-kerja menyelenggara kolam takungan banjir di bawah selenggaraan DBKL dan menambah baik peranan sekitar kolam takungan tersebut sebagai kawasan rekreasi awam.


"Perbincangan juga menumpukan aspek kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi pengindahan khususnya di bandar raya Kuala Lumpur dalam persediaan berdepan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN pada tahun 2025 kelak, yang akan menyaksikan pelbagai program dan mesyuarat peringkat ASEAN, bakal dilaksanakan di ibu kota.


"Pihak DBKL turut akan mengenal pasti 30 kawasan di sekitar ibu kota yang akan dibangunkan dengan projek pocket parks di mana ia merupakan pembangunan landskap perbandaran bagi tujuan pengindahan Kuala Lumpur," kata kenyataan itu lagi.


Tambah kenyataan itu, kunjung hormat tersebut juga merupakan manifestasi Kerajaan pada hari ini yang sentiasa bekerja secara whole of government untuk hasil yang lebih optimum sepertimana yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri.


Hal itu demi memastikan Wilayah Persekutuan terus maju dan sejahtera bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhannya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page