top of page

Jabatan Perumahan Negara gagal jelas bil air, 5,000 penghuni PPR putus bekalan



Jabatan Perumahan Negara (JPN) perlu menjelaskan segera tunggakan bil air Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 berjumlah lebih RM100,000 bagi memboleh bekalan air disambung semula.


Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar, lebih 5,000 penduduk di situ tidak seharusnya berdepan masalah air memandangkan bil mereka dibayar secara terus kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).


"Mereka tidak dapat apa-apa notis dari pihak pengurusan (berhubung putus bekalan), tiba-tiba air tak ada. Hari ini dengan kerja sama Ahli Majlis bandaraya Petaling Jaya, kita minta pihak majlis membantu untuk membekalkan air kepada penduduk.


"Cuma petang tadi YB Mariah (Exco Selangor) sempat membantu penduduk di sini menghubungi pihak Air Selangor untuk membuka (menyambung) air semula.


"Dalam masa sama saya sebagai ADN kawasan Seri Setia ingin menekankan kepada pihak Jabatan Perumahan Negara sila selesaikan tunggakan bayaran air sebanyak RM100,600 kepada pihak Air Selangor kerana kita bimbang perkara yang sama akan berlaku sekali lagi kepada penduduk-penduduk PPR Lembah Subang ini yang mempunyai lima blok," katanya dalam sidang media hadapan kediaman penduduk, malam tadi.


Kata Halimey, beliau mendapat maklumat sebanyak 5 notis telah dikeluarkan sebelum pihak Air Selangor memutuskan bekalan.


"Notis yang dikeluarkan dari tahun lepas. Terbaharu minggu ini dalam bukan Februari.


"Saya akan berbincang dengan pihak Air Selangor dahulu. Saya mahu tahu apa pihak Kerajaan Negeri boleh bantu penduduk. Dalam masa yang sama saya perlu bincang dengan YB Rodziah (Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar) bagaimana membantu mereka menyelesaikan masalah ini.


"Yang saya tekankan, Jabatan Perumahan Negara perlu selesaikan hutang," katanya lagi.


Menurut Halimey, masalah pemotongan bekalan air berpunca daripada meter pukal yang digunakan untuk kemudahan awam yang memerlukan pihak JPN menjelaskan bil.


“Tunggakan ini adalah dari meter pukal yang digunakan untuk kemudahan awam seperti surau dan dewan. Pengurusan menerusi JPN bertanggungjawab membayar bil ini,” katanya lagi.


Halimey juga mengesahkan pihak Air Selangor telah menyambung bekalan air buat sementara waktu di beberapa blok.


Namun pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menyediakan 5 lori tangki air untuk kegunaan penduduk yang memerlukan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page