top of page

Jabatan Bomba akan disusun semula secara komprehensif - KPKT



Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti secara komprehensif cadangan penyusunan semula Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


Menterinya Nga Kor Ming ketika berucap sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2023 di Dataran Pahlawan, Melaka pada Ahad berkata penyusunan semula itu akan dilakukan secara berfasa dan melibatkan naik taraf perjawatan dan pengisian perjawatan sedia ada yang masih kosong.


Selain penyusunan semula perjawatan, kementerian juga akan mempertimbang cadangan penambahan anggota.


Usaha itu jelasnya wajar dilakukan berikutan ketidakseimbangan membabitkan nisbah keanggotaan iaitu lebih 15,000 anggota berbanding 33.57 juta populasi rakyat Malaysia selain menerima lebih 100,000 panggilan kecemasan setiap tahun.


"Cadangan termasuklah elemen kebajikan seperti kajian semula skim bomba termasuk gaji dan elaun yang berkaitan.


"Saya yakin JBPM dan Bahagian Sumber Manusia KPKT sedang meneliti kertas cadangan ini sebelum kita angkat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pertimbangan dan kelulusan.


"Sebagai sebuah organisasi penyelamatan dan kecemasan utama negara, jabatan ini sentiasa bersedia dalam menangani sebarang situasi kecemasan baik kebakaran, kemalangan, khidmat khas mahupun sebarang bentuk bencana," katanya.


Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia merupakan satu acara penuh simbolik bagi memperingati dan menghargai pengorbanan serta jasa bakti yang diberikan anggota bomba di seluruh dunia.


Sebanyak 30 kontinjen dan 54 unit jentera membabitkan 1,330 peserta menjayakan sambutan dan perarakan semalam.


Sementara itu, Nga berkata Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri telah memperuntukkan RM206.64 juta bagi memperkasa perkhidmatan bomba.


Jumlah itu merangkumi RM46.51 juta bagi perolehan peralatan dan kelengkapan untuk meningkatkan kecekapan dan tahap kesiapsiagaan JBPM, meningkat hampir lima kali ganda berbanding tahun 2022.


"Sukacita saya nyatakan RM18.2 juta peruntukan baharu telah diluluskan untuk perolehan kelengkapan kebombaan dan 12 ekor anjing pengesan.


"(Selain itu) RM129.93 juta bagi pembinaan bangunan JBPM baharu di seluruh Malaysia dan menaik taraf bilik siap siaga di balai bomba sedia ada termasuk penyelenggaraan bangunan dan jentera bomba," katanya dipetik.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page