top of page

J-KOM giat beri penerangan di media sosial, program bertemu rakyat



Sejak Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dipimpin oleh Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff banyak pihak tertanya tanya apakah fungsi sebenar jabatan itu ketika serangan fitnah dari pembangkang semakin menjadi jadi menghentam kerajaan kebelakangan ini.


Bagi yang beranggapan J-KOM sama fungsinya seperti JASA yang digunakan oleh kerajaan terdahulu sebagai lidah rasmi politik pemerintah, tanggapan tersebut agak meleset kerana fungsi J-KOM pada ketika ini lebih terbuka dan neutral.


Menurut salah seorang yang terlibat mengendalikan J-KOM, aktivis Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz (gambar, kanan sekali), fungsi J-KOM yang terbaharu ialah mendidik rakyat ke arah pemikiran bertamadun sesuai dengan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Fungsi J-KOM cuma 3, Budaya Ilmu, Digitalisasi dan Patriotik. Tidak boleh lebih dari itu. Dan ia sangat berbeza dengan JASA

yang sudah dimansuhkan," katanya dalam satu artikel penjelasan di media sosial.


Menurut Syam Ghaz lagi, peruntukan J-KOM juga tidak sebesar ketika jabatan itu menjalankan propaganda politik, yang pernah mencecah RM80 juta setahun. Peruntukan terkini katanya adalah jauh lebih kecil.


Bagaimanapun beliau menyenaraikan pelbagai gerak kerja yang telah dilakukan J-KOM seperti perjelasan isu-isu berbangkit di media sosial melalui platform Tiktok, Facebook, Instagram, YouTube, Twitter dan sebagainya


"Kita bantu jawab serangan di medsos berkaitan serangan pembangkang seperti isu Bajet 2023, Thai Hot Guy, Nikotin, Vape, KWSP, pendakwaan Tan Sri Muhyiddin, Wang Ehsan Kelantan - Terengganu, Menu Rahmah, SUKMA Kelantan, Fitnah Perhimpunan LGBT, perlupusan hutang RM8 billion peneroka FELDA, perarakan HIMPIT, Bantuan Banjir Kelantan - Terengganu, Isu harga Ayam dan stok telur, isu tindas Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dan lain lain


"Kerjasama dengan PDRM juga seperti Ketua Polis Negara, Timbalan, Ketua Polis Putrajaya dilakukan untuk tindakan kepada kaki fitnah dan hasutan kepada Kerajaan Perpaduan terutama dari segi laporan polis dan tindakan saman," katanya.


Selain itu, J-KOM juga, kata Syam Ghaz bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk membanteras fitnah dan hasutan menentang Kerajaan Madani.


Juga program Daie Madani dengan kerjasama YADIM untuk platform Asatizah pro Kerajaan Perpaduan berdepan naratif fitnah berkaitan agama di media sosial.


Terbaharu, katanya, program Semarak Madanu di Negeri Sembilan, Perak, Selangor bagi menerangkan agenda Malaysia Madani terus ke lapangan seperti program di Negeri Sembilan secara program turun padang bertemu 250 rakyat dan 60 asnaf.


"InsyaAllah banyak lagi program dan aktiviti J-KOM akan buat, boleh tengok di FB, Twitter, Instagram, Tiktok, YouTube Jabatan Komunikasi Komuniti


"Jomlah pakat-pakat bantu dan buat yang terbaik mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang bawa agenda “reform” kali ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page