top of page

IWK mampu beroperasi tanpa subsidi mulai tahun depan



Indah Water Konsortium (IWK) dijangka tidak lagi memerlukan subsidi daripada kerajaan bermula tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.


Pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis, Nik Nazmi berkata jangkaan itu berikutan usaha pengoptimuman konsesi itu bagi kos pengurusan dan pengoperasian.


Selain itu, IWK juga jelasnya menjalankan perniagaan bukan terasnya sendiri seperti program sekular ekonomi, kitar semula bio pepejal dan sewaaan aset pembentungan kepada pihak ketiga.


"Pada tahun ini peruntukan kepada IWK ialah RM90 juta, namun setakat ini IWK mampu beroperasi dengan baik dengan menggunakan RM60 juta sahaja daripada peruntukan tersebut.


"Mesyuarat jemaah menteri kerajaan sebelum ini iaitu pada 20 April 2022 telah bersetuju dengan pelarasan tarif yang mula dilaksanakan Januari 2023, maka kita menjangkakan bahawa bermula 2024 IWK tidak perlu lagi subsidi dari pihak kerajaan," katanya.


Sementara itu, tambahnya, NRECC turut akan membuat pindaan fasa pertama kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).


Pindaan itu akan melibatkan beberapa seksyen spesifik bagi menangani insiden pencemaran secara berkesan termasuk peningkatan tempoh hukuman dan kadar denda ke atas tindakan yang berisiko menyebabkan pencemaran kepada mana-mana alur air atau sistem bekalan air.


"Ia akan naik daripada RM10,000 kepada RM10 juta dan hukuman penjara daripada setahun kepada 15 tahun ataupun kedua-duanya sekali,” katanya.


Selain itu, beliau berkata pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) bagi menangani insiden pencemaran secara berkesan juga akan diteruskan dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 16 November ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page