top of page

Isytihar PM Israel penjenayah perang - Shamsul Iskandar


Penyerangan Israel ke atas Palestin yang berlaku saban tahun memerlukan satu lobi yang kuat agar Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengisytiharkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai penjenayah perang.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tindakan seperti itu penting agar pemimpin yang telah beberapa kali menjadi PM Israel itu dihukum dan tidak lagi mengganasi umat Palestin.


"Saya sarankan kita mengambil ketetapan yang tegas dan sama-sama isytihar Benjamin Netanyahu penjenayah perang. Saya bersetuju dengan usaha melobi di peringkat antarabangsa, desakan agar ICC dapat mengambil kes ini.


"Saya membaca laporan AP baru-baru ini, Fatou Bensouda, Ketua Pendakwa ICC telah pun membuat kenyataan bahawa mereka akan memulakan siasatan atas keganasan Israel.


"Walaupun beliau akan menghabiskan tugas tetapi tugas itu (Ketua Pendakwa) telah pun beliau serahkan kepada pendakwa dari British Karim Khan dan ini satu perkara yang serius.


"Kalau lobi kuat dan boleh mendesak ICC memulakan siasatan terhadap Benjamin maka ia akan membantu menyedarkan masyaraat antarabangsa. Keganasan Israel bukan retorik lagi dan apa yang beliau lakukan menjurus kepada jenayah perang," katanya dalam ceramah atas talian #KoyakIsrael, malam tadi.


Bagi Shamsul, Netanyahu sebelum ini memang sengaja memprovokasi masyarakat Palestin dalam setiap peroid beliau sebagai PM Israel.


Terbaharu, katanya parti pimpinan Netanyahu tidak mendapat majoriti dalam pilihan raya umum April lalu dan pemimpin Zionis itu cuba untuk memujuk Ahli Parlimen ekstrem Yahudi seperti Ben Gur yang memperjuangkan pengusiran penduduk Arab Israel yang didakwa tidak setia dengan negara sebagai sekutu dengan melancarkan serangan ke atas Palestin.


Selain itu, Shamsul juga menyarankan agar kempen memburuk-burukkan Israel di media sosial diteruskan dengan #KoyakIsrael yang tular di peringkat antarabangsa.


"Sama-sama kita gerakan jentera media sosial #KoyakIsrael ke seluruh negara dan rantau Asia Tenggara ini.


"Di Palestin mereka menggunakan aplikasi tik tok #SheikJarrah dan lakukan secara menyeluruh dengan rakan-rakan yang lain, sama ada dalam negara atau rantau ini, melalui Instagram atau Facebook dan beri maklumat jelas mengenai keganasan yang dilakukan oleh Israel seperti mana yang ditegaskan.


"Ini (tindakan Israel) merupakan penajajahan, apatheid dan kita sama-sama nyatakan di peringkat antarabangsa hal ini tidak boleh lagi dibenarkan," katanya.


Di samping itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga membariskan usaha KEADILAN terutama presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumpul dana untuk disalurkan ke Palestin dan setakat ini telah berjaya mengumpul RM1 juta untuk diagihkan.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page