top of page

Isu warganegara kanak kanak: Kerajaan perlu pinda Perlembagaan - Fadhlina



Keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak membenarkan warganegara kanak kanak diberi berdasarkan kepada kewarganegaraan ibu amat memilukan.


Bagi Ketua Wanita KEADILAN Senator Fadhlina Sidek, keputusan majoriti 2 - 1 dari tiga hakim itu hanya akan menambah panjang usaha rakyat Malaysia dalam kempen membenarkan kewarganegaraan anak diberi secara sama rata, tidak hanya berdasarkan kewarganegaraan bapa.


"Semalam saya dan beberapa orang pimpinan Wanita KEADILAN telah hadir ke Istana Kehakiman untuk memberikan sokongan kepada kumpulan Family Frontiers serta para ibu bapa dan kanak-kanak yang terkait dengan isu hak kewarganegaraan kanak-kanak ini, yang dilahirkan di luar negara oleh ibu mereka yang merupakan warganegara Malaysia.


"Keputusan majoriti 2-1 yang memihak kepada Kerajaan Malaysia adalah keputusan yang sangat memilukan secara emosinya. Ia menunjukkan bahawa Malaysia memerlukan komitmen yg lebih kuat serta iltizam politik yang jitu untuk merubah kedudukan undang-undang sedia ada.


"Pastinya kekecewaan dan kepiluan yang meruntun perasaan kita semua pada hari ini, sama sekali tidak dapat menandingi perasaan para ibu dan anak-anak yang terkesan langsung dengan keputusan ini," katanya.


Fadhlina berharap kumpulan yang membawa kes tersebut ke mahkamah tidak akan menghentikan usaha mereka dan meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.


Bagaimanapun, beliau tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan Malaysia yang tega melihat kesukaran ditempuh oleh kalangan keluarga terbabit untuk memastikan kewarganegaraan anak anak mereka


Seharusnya, kata Fadhlina ahli politik pemerintah bersikap lebih prihatin dengan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membenarkan kewarganegaan dalam kes berkenaan dipermudahkan, sebagaimana beberapa isu Perlembagaan yang telah diselesaikan di Parlimen secara bi-partisan sejak setahun lalu.


"Kes ini tidak akan berakhir di sini sahaja, ia mesti diteruskan sehingga peringkat tertinggi dan disusuli dengan kesungguhan iltizam politik yang berpegang kepada paksi keadilan, hak asasi dan hak fundamental kanak-kanak.


"Malaysia harus segera menamatkan penderitaan ini dengan meminda Perlembagaan Persekutuan dan advokasi berkaitan hak asasi ibu dan kanak-kanak ini mesti terus dipergiatkan," katanya.


Semalam, Kerajaan Malaysia berjaya dalam rayuannya untuk menafikan kerakyatan kepada anak kelahiran di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dengan bapa warga asing.


Keputusan Mahkamah Rayuan itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu bahawa ibu warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama seperti bapa warganegara Malaysia untuk memberikan kerakyatan melalui kuatkuasa undang-undang kepada anak anak yang lahir di luar negara.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page