top of page

Isu wanita tanpa kad pengenalan tidak boleh daftar perkahwinan selesai



Isu yang membelenggu masyarakat India di negara ini yang mempunyai sijil lahir tetapi tidak mempunyai kad pengenalan dan dihalang daripada mendaftar perkahwinan mereka yang mengakibatkan anak yang dilahirkan tanpa kewarganegaraan dianggap menemui titik penyelesaian dalam mesyuarat Ahli Parlimen dan Anggota Dewan Negara dari masyarakat India Kerajaan Perpaduan bersama Perdana Menteri petang ini.


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasami dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut memberitahu bahawa PM telah dimaklumkan mengenai isu berkenaan yang mengakibatkan masalah lebih besar apabila melibatkan masa hadapan anak anak tanpa kewarganegaraan.


"Saya telah menyentuh isu kewarganegaraan dan telah memaklumkan bahawa sepanjang masa ini seorang wanita yang tidak mempunyai kewarganegaraan dan hanya mempunyai surat beranak telah menghadapi masalah untuk mendaftarkan perkahwinan, yang mana telah menyebabkan anak yang dilahirkan tidak mempunyai status kewarganegaraan.


"Jadi kami telah berbincang dengan pegawai di Jabatan Pendaftaran Kelahiran dan Perkahwinan, di mana syarat tersebut telah dilonggarkan


"Di mana seorang wanita yang mempunyai surat beranak boleh mendaftarkan perkahwinan jika perkahwinan itu dengan seorang warganegara atau penduduk tetap di Malaysia.


"Dengan ini kita dapat menokhtahkan satu generasi baru yang lahir tanpa kewarganegaraan atau status belum ditentukan," katanya.


Menurut beliau, berdasarkan Perlembagaan sekiranya ibu atau bapa kepada anak tersebut warganegara maka anak layak mendapat kewarganegaraan.


Bagaimanapun selepas peguatkuasaan Akta Perkahwinan dan Perceraian 1976 dikuatkuasakan pada 1982 satu kaedah baharu memerlukan seseorang pemohon mempunyai kad pengenalan diperkenalkan.


"Itu sebenarnya bukan satu syarat dalam akta. Itu syarat yang dikenakan oleh Pejabat Pendaftaran.


"Sekarang Pejabat Pendaftaran bersetuju, maka syarat itu boleh dilonggarkan di mana seseorang yang mempunyai surat beranak boleh mendaftarkan perkahwinan," katanya lagi.


Hal itu, kata Saraswathy selaras dengan warga asing yang mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini yang hanya menggunakan passport dikeluarkan oleh negara masing masing.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page