top of page

Isu tutup sekolah tahfiz: NGO Islam gesa henti adu domba atas nama agama



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama gabungan NGO-NGO Islam tempatan memandang berat fitnah terkini yang berlegar mengelirukan umat Melayu Islam di negara ini berhubung kononnya terdapat arahan menutup sekolah agama dan tahfiz persendirian di Selangor.


Menurut Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz dan NGO NGO Islam lainnya, isu mengadu domba umat Islam menggunakan agama itu tidak sewajanya berlaku apatah lagi sekiranya mempunyai unsur politik di belakangnya.


Hal itu, katanya, telah ditegur oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), YB Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar semalam yang menganggap tohmahan seumpama itu sebagai amat tidak bertanggungkawab.


"Kami berpendirian mana-mana pihak yang cuba untuk menjuarai isu sebegini seharusnya menyemak fakta terlebih dahulu serta bersikap jujur bukan dengan memanipulasi atau mempolitikkan isu berkaitan.


"Isu yang dibangkitan telah dijelaskan oleh YB Menteri, iaitu berkaitan dengan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) yang bertujuan untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar di institut tahfiz serta sekolah agama persendirian.

"Tindakan ini selari dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang mahu semua institusi yang berkenaan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, ABIM dan NGO NGO Islam mengecam sebarang fitnah yang cuba disebarkan untuk membakar sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat Islam kerana, kata mereka, hal itu akan mengganggu usaha untuk memartabatkan Islam di negara ini.


"Dalam masa sama, bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, kami tegaskan sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa bertindak tegas ke atas anasir-anasir yang berupa fitnah hasutan yang tidak berasas seperti ini.


"Kami turut menyeru seluruh pihak untuk bersama-sama memartabatkan Islam dan menyebarkan tanda pagar #SebarkanSalam dalam proses pembinaan negara menerusi usaha merealisasikan gagasan Malaysia Madani yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri," kata kenyataan gabungan NGO itu lagi.


Terdapat 22 NGO yang mengeluarkan kenyataan bersama seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Perikatan Gabungan NGO-NGO Islam Bukan Kerajaan (ACCIN); Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA); International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ); Interactive Muslimah Association (IMAN); Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM); Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM); Wadah Pencerdasan Umah Malaysia (Wadah); Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan lain lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page