top of page

Isu tender RM2 bilion: Rafizi mahu Tuan Ibrahim saman di mahkamah



Kelulusan projek Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 bernilai sekitar RM2 bilion yang diluluskan pada ketika parlimen hampir dibubarkan terus mengundang kontroversi.


Terbaharu, Timbalan Presiden KEADILAN Rafzi Ramli menggesa Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) kerajaan peralihan, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menghantar surat tuntutan kepada beliau agar menyamannya di mahkamah.


Dalam sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya pagi tadi, Rafizi berkata, separuh daripada surat tuntutan yang beliau terima sebelum ini terutama dalam kes 1 Malaysia Development Berhad berakhir tanpa sebarang tindakan dan beliau terlepas peluang mengemukakan bukti di mahkamah.


"Oleh itu, selepas peguam-peguam saya menjawab Surat Tuntutan dalam tempoh seminggu ini, saya berharap Tuan Ibrahim meneruskan niatnya untuk menyaman saya di mahkamah. Saya tidak mahu Surat Tuntutan yang dihantar semalam menjadi alat kempen semata-mata dalam tempoh berbaki kempen PRU15, tetapi selepas itu ia tidak berakhir dengan saman di mahkamah.


"Saya mahu ke mahkamah kerana saya ada bukti yang kukuh mengenai pendedahan saya itu," katanya.


Sehubungan itu, Rafizi juga mendedahkan surat yang didakwa beliau sebagai bukti bahawa projek tebatan banjir Kuala Langat Fasa 2 berjumlah RM2 bilion itu telah pun diluluskan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat kroni.


Keputusan itu juga, dakwanya, merujuk kepada surat dari pejabat Perdana Menteri mengenai projek tersebut yang bertarikh 16 Ogos 2022.


Manakala surat daripada Kementerian Kewangan, dakwa Rafizi, dikeluarkan pada 7 Oktober 2022 iaitu pada hari pembentangan belanjawan 2023 yang lepas.


"Secara logiknya, tumpuan keseluruhan kerajaan, Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan pada hari ini ialah pembentangan bajet.


"Sebaliknya, surat ini dikeluarkan juga pada tarikh itu memandangkan menteri-menteri telah pun tahu bahawa Parlimen akan dibubarkan pada hari Isnin, 10 Oktober 2022.


"Sebab itu saya katakan bahawa projek sebesar ini telah dipercepatkan keputusannya supaya kelulusan diberikan sebelum PRU15," katanya.


Tegas Rafizi, sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan dalam tempoh 10 hari dari sekarang, beliau akan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa mengenai peranan yang didakwanya dimainkan PM, Menteri Kewangan dan Menteri KASA dalam isu berkenaan.


Katanya, peranan, fungsi dan keterlibatan mereka dalam isu tersebut perlu disiasat sepenuhnya oleh pihak-pihak berkuasa.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page