top of page

Isu teknikal NG999 berjaya ditangani sepenuhnya - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 11, 2025
  • 1 min read

Gangguan teknikal melibatkan pelaksanaan platform baharu Next Generation Emergency Services 999 (NG999) telah berjaya diselesaikan sepenuhnya.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) dalam persidangan Dewan Negara memaklumkan, isu tersebut berjaya diselesaikan hasil pertemuan antara Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) baru-baru ini.


"Beberapa isu telah diuruskan dan hingga kini tiada lagi sebarang masalah melibatkan sistem. Kebanyakan isu yang berbangkit membabitkan aspek personel yang telah disusun semula oleh TM dan Kementerian Kesihatan.


"Hal itu juga telah diuruskan dengan baik, jadi alhamdulillah, hari ini tiada lagi sebarang isu berbangkit," katanya ketika sesi penggulungan bagi kementeriannya pada Rabu.


NG999 mula beroperasi pada 16 November lalu sebagai sistem hotline kecemasan baharu menggantikan MERS999, dengan peruntukan RM1.25 bilion untuk pembangunan dan pengoperasian selama 12 tahun.


Sistem ini dikendalikan oleh TM sebagai penyedia infrastruktur telekomunikasi dan menerima panggilan kecemasan pertama sebelum disalurkan kepada KKM, PDRM, JBPM, APM dan APMM.


Bagaimanapun, bagi kemudahan rakyat, perkhidmatan 999 melalui panggilan suara kekal berfungsi sepenuhnya dan boleh digunakan seperti biasa manakala aplikasi SaveME999 pula berfungsi sebagai saluran tambahan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page