Isu tatakelola jadi tumpuan dalam perbahasan Bajet 2022


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menumpukan isu tatakelola dalam perbahasan Bajet 2022 minggu hadapan.


Beliau berkata, perkara itu akan diteliti termasuk laporan ekonomi, penyata kewangan kerajaan, laporan fiskal dan dokumen bajet itu sendiri.


"Tidak lengkap berbahas bajet jika tidak disentuh tentang revenue atau hasil kerajaan, belanja mengurus dan belanja pembangunan.


"Bagaimanapun tumpuan saya lebih kepada kecekapan penyampaian atau delivery.


"Oleh itu persediaan saya untuk perbahasan akan menumpu kepada isu tatakelola," katanya.


Pada masa sama, beliau berkata, bajet mesti berkesan untuk mendekatkan jurang inequality di kalangan rakyat terkait ekonomi, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.


"Saya juga akan meneliti aspek program-program bantuan sosial kerajaan kepada “vulnerables group” di kalangan rakyat.


"Masa hujung minggu ini akan digunakan untuk membaca dan membuat persiapan berbahas. Saya sasarkan berpeluang pada Isnin atau Selasa minggu hadapan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER