top of page

Isu tanah runtuh: Ampang wajar diberi tumpuan, diawasi rapi PBT



Tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang sehingga kini melibatkan korban 22 nyawa dan 9 yang lain masih hilang seharusnya membuka mata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk lebih mengawal selia cerun bukit di kawasan masing masing.


Bagi Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail (gambar, dua dari kanan), beliau mahu kawasan Ampang yang terdapat beberapa insiden kecil tanah runtuh sebelum ini diawasi sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang bencana yang tidak diingini.


"Menginsafi tragedi di Batang Kali, rakyat Ampang turut meluahkan kerisauan terhadap cerun yang berisiko dan lereng bukit yang mula diteroka tanpa izin dan tanpa mengikut syarat-syarat ketat yang ditentukan oleh pihak berwajib.


"Berdepan perubahan iklim dunia, kawasan tanah tinggi dan litupan hutan sewajarnya diteguhkan menjadi tulang belakang Ampang dan bukannya digusarkan sebagai punca ancaman bencana.


"Selaku Ahli Parlimen, saya berpandangan Garis Panduan Penilaian Kerentanan Tanah dan Indeks Risiko bagi Infrastruktur Kritikal di Malaysia berkuatkuasa 15 Ogos 2022 yang diterbitkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu dilaksanakan segera di semua peringkat termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)," katanya dalam satu kenyataan.


Rodziah yang juga Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar, Kerajaan Negeri Selangor mahu warga Ampang dibekalkan dengan laporan penilaian tanah dalam tempoh tiga bulan daripada sekarang.


"Selain papan tanda cerun, warga Ampang juga perlu disediakan matriks risiko bagi kawasan masing-masing supaya status keadaan setempat lebih difahami; sama ada ia selamat, berisiko atau sememangnya terjejas teruk.


"Analisis peta ancaman bencana, peta risiko dan peta kerentanan perlu mudah diakses orang awam secara komprehensif dan berkala.


"Pembinaan kritikal di cerun dan lereng bukit perlu dikawal, sama ada yang sedang berlangsung atau masih dalam perancangan," katanya.


Hal itu, kata Rodziah perlu dipastikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, terutamanya apabila membabitkan kawasan yang mempunyai sejarah tanah runtuh di kawasan sekitar; keadaan topografi kawasan dan laporan pergerakan tanah memungkinkan tanah runtuh; terdapat benteng penghalang tanah sedia ada dikhuatiri roboh jika ada pembinaan baharu dan terdapat aktiviti pertanian atau perhutanan di kawasan berdekatan sehingga memungkinkan kesan tanah runtuh berantai.


"Manifestasi iltizam PBT akan tertonjol dengan pelaksanaan kawalan bersungguh-sungguh dan pelaporan komprehensif secara berkala.


"Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang berdedikasi membantu dan bekerjasama agar iltizam ini dijayakan bersama dalam tempoh yang wajar," katanya.


Selian itu, Rodziah turut memuji inisiatif rakyat untuk membantu membabitkan latihan dalam komuniti seperti yang diusahakan di Ampang bersama Japan International Cooperation Agency (JICA), Keselamatan dan Sekuriti Komuniti Dengan Memahami Risiko Bencana (SeDAR), juga Community-Based Disaster Risk Reduction (CBDRR)


Semua itu, katanya, merupakan contoh yang baik sebagai persediaan menghadapi sebarang masalah tanah runtuh pada masa hadapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page