top of page

Isu sensitiviti agama: Agong terima mengadap pemimpin UMNO, DAP



Isu sensitif berkenaan agama Islam sejak kebelakangan ini yang kemudian dimainkan secara berleluasa di media sosial memerlukan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memanggil mengadap pemimpin UMNO dan DAP.


Hari ini pimpinan kanan UMNO dan DAP diterima mengadap di di Istana Negara. Mereka adalah Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO; YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka; Timbalan Setiausaha Agung DAP, YB Liew Chin Tong dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.


Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda itu bertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum.


"Saya ingin menasihati semua pihak untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan. Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni," titah Sultan Ibrahim.


"Saya berharap pemimpin politik tidak ekstrim dalam memberikan pandangan tentang isu-isu agama dan perkauman. Bukan hanya UMNO dan DAP, tetapi juga semua parti.


Pemimpin mesti menjadi jambatan atau penghubung antara rakyat majmuk negara kita dengan contoh perilaku yang matang.


"Kejadian baru-baru ini sepatutnya membuka mata semua pihak bahawa semua lapisan rakyat mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan negara.


"Perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat akan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sejagat Malaysia. Menjelang Hari Raya yang mulia ini, bermaaf-maafanlah antara satu sama lain dan buka lembaran baharu," titah Seri Paduka Baginda.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page