top of page

Isu saman Yusoff Rawther: Sekpur buat laporan polis ke atas Tun M, Ezam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 18
  • 2 min read

Shahbudin Embun (berbaju merah) dalam sidang media di temani Mustapa Mansor (kiri) dan Meja (B) Razali
Shahbudin Embun (berbaju merah) dalam sidang media di temani Mustapa Mansor (kiri) dan Meja (B) Razali

Oleh: Akmal Manaf


Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) membuat laporan polis semalam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang ahli politik Pas, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor.


Naib Pengerusi SEKPUR, Shahbudin Embon berkata, laporan polis itu dibuat kerana kedua dua tokoh berkenaan boleh dianggap melakukan penghinaan mahkamah berhubung saman Muhammed Yusoff Rawther ke atas Perdana Menteri (PM) yang sedang dibicarakan ketika ini.


''Kami mendapati bahawa Ezam Mohd Noor telah memberi kata dua kepada PM Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya letak jawatan dan jangan berlagak sebagai pejuang dan pemimpin Islam.


''Itulah penghinaan beliau memberi kata dua kepada PM agar menyelesaikan isu saman Yusof Rawther ini,'' katanya dalam sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.


Hadir sama, Pengerusi Sekpur, Mustapa Mansur Amer Mohd Isa dan Timbalannya, Mejar (B) Razali Zakaria.


Dalam pada itu, Shahbudin menyatakan bahawa Tun Mahathir pula telah menuduh Kerajaan Perpaduan sebagai zalim kerana memperalatkan pihak polis dalam siasatan ke atas Yusoff Rawther.


''Tun Mahathir berlagak sebagai wartawan. Kalau wartawan seperti anda saya tidak marah, itu memang hak anda (bertanya).. tetapi laporan mestilah mengikut apa yang sepatutnya.


''Ini (dalam hal tersebut) Tun Mahathir tokok tambah seolah-olah mengulas bahawa pihak polis membuat satu siasatan yang tidak benar, dan seolah-olah dalam kes saman sivil Yusof Rawther terhadap PMX ini, digunakan untuk tujuan politik.


''Tun Mahathir dan Ezam memperalatkan media sosial, menggunakan isu ini untuk memalukan PMX, kerajaan dan pihak polis,'' ujarnya lagi.


Isu saman Yusoff Rawther ke atas PM tidak dibincangkan oleh rakyat Malaysia kerana hal itu dianggap remeh sehinggalah ianya disensasikan oleh ahli politik seperti Tun Mahathir dan Ezam.


Kes bermula pada tahun 2019, Yusoff mendakwa bahawa dia telah diserang secara seksual oleh Anwar dan membuat laporan polis serta mengemukakan afidavit bersumpah. Pihak polis melakukan siasatan namun kerajaan tidak melanjutkan dengan pendakwaan.


Akibat tiada pendakwaan jenayah, Yusoff mengambil tindakan memfailkan saman sivil terhadap Anwar pada 14 Julai 2021 untuk menuntut ganti rugi.


Dalam perkembangan lain, Yusof kemudiannya menghadapi pertuduhan mengedar dadah dan memiliki pistol tiruan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page