top of page

Isu saham Menara KL: SPRM tahan dua individu



Isu pembelian dan pengambilalihan saham konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur (Menara KL) membawa kepada penahanan dua pengarah kanan syarikat bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Memetik laporan berdasarkan sumber SPRM, dua pengarah itu merupakan orang tengah yang mengurus urusan suapan, dan seorang pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham Syarikat Menara KL.


"Disyaki pemilihan syarikat terbabit melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada ‘orang atasan’, bagi membantu pengambilalihan tersebut," menurut sumber berkenaan.


Sebelum ini, SPRM dilaporkan telah menjalankan siasatan berhubung isu penjualan saham dan pengambilalihan konsesi penyelenggaraan Menara KL daripada syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, milik penuh Telekom Malaysia (TM).


Beberapa saksi termasuk pegawai kanan TM serta syarikat-syarikat terlibat telah diambil kenyataan bagi membantu siasatan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page