top of page

Isu rusuhan kuil: Laporan media arus perdana harus lebih seimbang



Media arus perdana diminta lebih seimbang dalam menularkan laporan berita terutama yang menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum.


Menurut Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Noor Adam, pemberitaan media arus perdana seperti TV3 dan Berita Harian berkenaan kes mahkamah ke atas rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Petaling Jaya semalam begitu mengeliru dan mengecewakan.


Beliau mendakwa TV3 meletakkan tajuk yang tidak sesuai seperti, "Mahkamah bebaskan 17 lelaki disyaki terbabit rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman. Insiden sama ragut nyawa Allahyarham Adib"


Tajuk itu katanya seolah olah memperlihatkan 'pembunuh' anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim (Adib) dalam kejadian rusuhan 5 tahun lalu telah dibebaskan oleh mahkamah. Begitu juga, katanya laporan Berita Harian.


"Hal ini diberi gambaran seolah olah mereka yang terlibat dalam rusuhan menyebabkan kematian arwah Adib yang merupakan anggota pasukan bomba yang meninggal dunia kerana dipukul beramai ramai (telah dibebaskan).


"Sebenarnya ini bukan perkara yang berlaku. Apa yang berlaku pada 26 November 2018 ialah terdapat satu pergaduhan antara satu kumpulan yang dihantar oleh pemaju (pembinaan) yang meminta pihak kuil supaya dipindahkan kuil tersebut, dengan satu pihak lain mempertahankan kuil tersebut.


"17 orang (yang dibebaskan) ini siapa? Diberi gambaran seolah olah pembunuh Adib yang telah dibebaskan," kata Lokman dalam satu siaran media.


Beliau turut membacakan satu persatu nama individu yang dibebaskan, kesemuanya Melayu dan mereka, katanya tidak terlibat dalam rusuhan yang menyebabkan Adib terbunuh sebagaimana tajuk berita.


"Seorang pun tidak melibatkan pemuda India yang di peringkat awal ditahan yang dipercayai melibatkan kecederaan terhadap Adib.


"Individu yang dibebaskan tidak ada kaitan dengan kematian Adib. Mereka yang didakwa di mahkamah ini adalah yang terlibat pada 26 November, selepas insiden 26 November (kerosakan kuil) barulah berlaku perhimpunan besar (masyarakat India) dan rusuhan menyebabkan banyak benda terbakar dan meragut nyawa Adib," katanya.


Justeru, Lokman menasihatkan media arus perdana melaporkan berita secara lebih seimbang dan bertanggungjawab, apatah lagi menghampiri musim Pilihan Raya Negeri.


"Saya minta pihak media kalau nak membantu PN pun menang PRN di 6 negeri tolong bertanggungjawab sikit. Teguran ini saya tujukan khusus kepada mereka yang memegang saham di syarikat media tersebut," katanya sinis.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page