top of page

Isu roboh Surau Al-Karamah selesai, solidariti terhadap GSF - KEADILAN Perak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 minutes ago
  • 1 min read

ree

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Perak menegaskan pendirian berhubung isu perobohan Surau Al-Karamah di Kampung Seri Keramat, Ipoh yang tular baru-baru ini dengan menyokong tindakan pihak berkuasa agama negeri yang telah bertindak berdasarkan prosedur dan peraturan sedia ada.


"Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak mengambil maklum isu berkaitan Surau Al-Karamah yang dibangkitkan baru-baru ini.


"Kami menegaskan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah bertindak mengikut prosedur dan peraturan sedia ada,” kata Pengerusi MPN KEADILAN Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri (gambar) dalam satu kenyataan.


Surau Al-Karamah menjadi tumpuan apabila pelakon yang menjadi pempengaruh, Rafidah Ibrahim menimbulkan sentimen awam menolak perobohan surau berkenaan bagi membina jalan ke kawasan perumahan.


Sebelum itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengingatkan semua pihak supaya tidak mensensasikan isu berkenaan kerana surau baharu telah pun siap dibina.


Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini, berkata isu berkait bangunan lama berkenaan sebenarnya sudah lama diselesaikan.


Beliau menjelaskan bahawa surau itu dipindahkan ke tapak baharu yang sah sebagai tanah wakaf bawah pemilikan MAIPk, terletak kira-kira 250 meter dari lokasi asal.


Bagi Hairul Amir, keputusan yang dibuat oleh pihak MAIPk adalah tepat dan semua pihak perlu menghormati keputusan tersebut, mengelakkan retorik politik kebencian, serta mengutamakan keharmonian rakyat Perak selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.


Dalam kenyataan sama, beliau mewakili KEADILAN Perak turut menzahirkan solidariti terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang pada pagi tadi ditahan oleh rejim Zionis Israel.


"Penahanan mereka merupakan jenayah kemanusiaan yang tidak dapat dimaafkan, dilakukan oleh rejim Zionis Israel," tegas Hairul sambil menggesa pembebasan segera tanpa syarat semua sukarelawan GSF serta penyaluran bantuan segera kepada penduduk Gaza.


Hairul menekankan bahawa pendirian KEADILAN konsisten dalam mendukung keamanan, keadilan, dan kemanusiaan sejagat.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page