top of page

Isu rampas aset negara bukan sub judice, tidak dibicarakan di Malaysia - Nik Nazmi



Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun menolak usul membahaskan isu perampasan aset negara oleh pewaris Kesultanan Sulu, semalam.


Menurut Nik Nazmi, alasan Speaker bahawa perbahasan akan menjurus kepada sub judice tidak timbul kerana kes berkenaan dibicarakan di luar negara bukannya di mahkamah Malaysia.


"Bagi saya tindakan itu tidak wajar dari pihak Speaker memandangkan kita tahu bahawa ini bukan isu sub judice kerana ia tidak dibicarakan di Malaysia.


"Isu ini sangat penting kerana menyentuh kedaulatan negara dan satu negara menunggu apa isunya. Mereka nak tahu apa yang berlaku.


"Sepatutnya Speaker membenarkan perkara ini untuk dibincangkan. Kemudian apa jawapan dari pihak kerajaan, (dewan) platform yang sebaiknya. Kami wakil rakyat, pengundi dan apatah lagi kawan kawan kita di Sabah semua bertanya tentang isu ini


"Dewan adalah platform yang terbaik dan relevan untuk kerajaan menjawab persoalan berkaitan tuntutan waris Kesultanan Sulu," katanya kepada Suara Keadilan ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap kecuaian bekas PM Najib Razak menangani isu saman Kesultanan Sulu.


Menjawab soalan apakah wajar Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon menggantung Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis selama dua hari kerana berkeras mahukan usul rampasan aset negara dibahaskan, katanya Ahli Parlimen Warisan itu tidak sepatutnya digantung.


"Bagi saya, pertama beliau tidak patut digantung, dia harus dibenarkan bawa usul itu. Kedua, kalau iya pun (mahu digantung) cukup sehari," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page