top of page

Isu premium KLSCAH: Nilai keputusan kerajaan secara menyeluruh - PEHAM

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
17 hours ago
1 min read
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)

Isu pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) wajar dilihat secara menyeluruh mengambil kira aspek perundangan, penilaian hartanah serta kepentingan pemeliharaan bangunan warisan.


Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), Idzwan Izuddin Shah Ishak berkata, pengurangan premium daripada anggaran RM4.67 juta kepada RM1,000 perlu dinilai secara objektif termasuk berdasarkan peruntukan undang-undang, kategori penggunaan tanah dan prosedur pentadbiran yang ditetapkan.


"Keputusan berkaitan pentadbiran tanah tidak seharusnya dinilai berdasarkan latar belakang identiti pihak yang membuat keputusan, mahupun pihak yang menerima kelulusan," katanya dalam kenyataan.

Idzwan berkata, Kanun Tanah Negara 1965 dan Peraturan-Peraturan Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 menyediakan kerangka perundangan bagi urusan pemberimilikan semula tanah dan penetapan premium.


Sementara Kaedah 10 peraturan berkenaan turut memperuntukkan kuasa kepada kerajaan untuk memberikan remisi atau mengubah kadar premium ertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.


"Sebarang pengurangan premium tidak semestinya bercanggah dengan undang-undang, selagi keputusan dibuat mengikut prosedur serta prinsip pentadbiran yang baik," tambahnya.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh pada Selasa melahirkan rasa kecewa apabila terdapat pihak yang membangkitkan persoalan mengapa KLSCAH diberikan kadar premium rendah.


Isu tersebut jelasnya telah digunakan sebagai modal serangan politik apabila ia dikaitkan kepada faktor kaum dan kedudukan beliau sebagai menteri dari DAP.


Hannah sebelum ini menjelaskan, penetapan premium tanah RM1,000 kepada KLSCAH berdasarkan keputusan menukar status tanah kawasan diwartakan sebagai bangunan warisan itu kepada tanah institusi, sekali gus melepaskan potensi pembangunan komersial di kawasan berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page