Isu perkauman 5 tahun sekali jadi penentu keputusan PRN?
- Redzuan Shamsudin
- Aug 18, 2023
- 1 min read

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi 6 negeri yang baru berlalu memberi gambaran kurang baik terhadap tahap pemahaman politik pengundi di Malaysia.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar keputusan PRN itu sama ada di negeri lingkaran Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu mahu pun di negeri yang kaum Melayunya bercampur seperti Selangor tidak menggambarkan keperluan semasa mereka, sebaliknya lebih tertumpu kepada isu perkauman.
Beliau kesal kerana isu perkauman dan agama sempit yang dimainkan 5 tahun sekali itu menjadi penentu kemenangan calon PN berbanding isu kemajuan, ekonomi atau peluang pekerjaan yang perlu dihadapi para pengundi pada setiap hari sepanjang tahun.
"Kalau kita tengok isu perkauman ini dimainkan 5 tahun sekali. Itu yang menjadi masalah bila 5 tahun baru nak main isu itu. Ini dimainkan oleh satu (gabungan) parti. Kita tengok lepas PRN isu perkauman itu akan senyap.
"Ini yang paling bahaya, bila isu perkauman dan agama dimainkan 5 tahun sekali.
"Rakyat sendiri seharusnya faham (taktik licik pembangkang). Pemahaman kena ada dalam mereka diri sendiri," katanya kepada Suara Keadilan.
Justeru, Halimey berharap pengundi berfikir lebih matang selepas ini terutama di kawasan kawasan yang akan diadakan Pilihan Raya Kecil dalam beberapa bulan ke hadapan.
Comments