top of page

Isu penyelarasan gaji: Veteren seru MAT ikut keputusan mahkamah



Oleh: Abdullah Zaid


Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM) menggesa Majlis Angkatan Tentera (MAT) melakukan penyelarasan pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum 1 Januari 2013.


Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM), Mejar Mior Rosli berkata, tuntutan itu selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi mengiktiraf tuntutan pertubuhan itu.


"Kita menang tuntutan itu di mahkamah tapi liputan tersebut tidak diketahui ramai. Ini bermakna perjuangan kita selama ini memang diiktiraf.


"Penyelarasan pencen kali terakhir diselaraskan pada 2013 berbanding mereka yang dalam perkhidmatan dinaikkan mencecah 50 peratus hingga ada jurang besar orang yang bersara lepas tahun 2013," katanya dalam sidang media semalam.


Tambah beliau, jurang itu sekaligus menafikan hak pesara lain untuk menikmati kenaikan pencen sama dengan ATM lain.


Jelasnya, ia sekaligus melanggar pelarasan pencen yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera.


"Kita terkilan dengan ketidakpenyelarasan pencen terbabit, ini satu penindasan dan semua veteran ATM perlu perjuangkan bersama," ujarnya.


Pada 5 Februari, Mahkamah Tinggi memutuskan pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 mempunyai hak untuk pencen mereka diselaraskan mengikut kadar dan cara sama bagi pesara ATM yang bersara selepas 1 Januari 2013.


Dalam pada itu, pertubuhan pesara tersebut menuntut empat perkara asas melibatkan veteran ATM, antaranya penyelarasan pencen, tempoh perkhidmatan, pengampunan kepada pegawai atau anggota yang dijatuhkan hukuman dan Pencen Hilang Upaya (PHU).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page