top of page

'Isu penternakan babi boleh jejas imej Malaysia sebagai hab halal dunia'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Penternakan berkaitan khinzir dikhuatiri berpotensi merosakkan imej Malaysia sebagai hab industri halal bertaraf dunia.


Hal itu ditimbulkan oleh mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) yang kini terlibat sebagai pemain dan penasihat industri halal.


"Sebagai pemain dan pejuang industri halal dalam negara ini, saya menentang peniagaan berkaitan khinzir ini kerana ia merosakkan imej negara sebagai pemain industri halal dunia," katanya dalam muat naik di media sosial.


Beliau menyuarakan kebimbangan bahawa penternakan babi yang diperkatakan sejak kebelakangan ini sekiranya tidak diurus dengan sangat ketat, boleh menjejaskan keyakinan antarabangsa terhadap ekosistem halal Malaysia yang dibina sekian lama.


"Industri halal merupakan aset strategik negara yang bergantung kepada keyakinan, tadbir urus serta pematuhan ketat kepada piawaian. Sebarang kegagalan mengurus aktiviti berisiko tinggi, termasuk dari aspek lokasi dan pencemaran, boleh memberi implikasi negatif kepada reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa," jelasnya.


Menurut beliau, pendirian tersebut bukan berasaskan sentimen perkauman sebaliknya berteraskan keperluan menjaga integriti industri halal, alam sekitar serta kepentingan ekonomi jangka panjang negara.


Ustaz Fakhrulrazi turut mencadangkan agar fokus penternakan negara dialihkan kepada sektor yang lebih selari dengan agenda halal dan mempunyai permintaan tinggi, seperti penternakan kambing, lembu dan rusa.


"Banyak lagi penternakan yang boleh dijadikan fokus dan menguntungkan, seperti kambing, lembu dan rusa yang permintaannya tinggi tetapi bekalan masih tidak mencukupi untuk keperluan negara," ujarnya.


Beliau turut menyatakan kebimbangan sekiranya isu penternakan babi tidak ditangani dengan baik, ia bukan sahaja menjejaskan nama Malaysia, malah boleh mencalar usaha Perdana Menteri dalam membina pentadbiran berteraskan nilai MADANI.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page