top of page

Isu pengesahan perkahwinan: Tentera siber jangan timbulkan perpecahan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 28, 2023
  • 2 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Isu video tular Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam majis mendaftarkan perkahwinan sivil 2 pasangan yang telah dipilih oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sempena Majlis Sambutan Jubli Intan JPN kelmarin, meskipun telah selesai namun masih ada yang memainkan isu berkenaan di media sosial.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari jelas kesal dengan hal tersebut yang sengaja dimainkan oleh tentera siber pro pembangkang tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat berbilang kaum.


Katanya, Menteri Dalam Negeri tidak melakukan sebarang kesalahan dari segi agama dalam majlis tersebut kerana lafaz pengesahan perkahwinan itu dibuat tidak merujuk kepada mana mana agama.


Sebaliknya, kata beliau, pendekatan serangan politik membuta tuli itu dibimbangi hanya menjejaskan keharmonian kaum.


"Pada saya pihak yang menggunakan isu ini sebagai bahan politik murahan jelas boleh memecahkan perpaduan kaum dan agama.


"Hal ini perkara (prosedur JPN) yang dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri dan tidak bercanggah dari sisi undang-undang negara mahupun hukum Islam," katanya ketika dihubungi.


Tambah Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah itu, sebaliknya video tular berkenaan memakan diri apabila terdedah pula video lain bahawa pemimpin Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin beberapa tahun lalu juga mengambil bahagian dalam majlis pengesahan perkahwinan sivil beberapa pasangan bukan Islam sewaktu menjawat Menteri Dalam Negeri.


Namun, penyokong Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu menjadi pembangkang tidak memainkan isu berkenaan kerana faham prosedur perkahwinan bukan Islam.


"Tetapi pembangkang (PH) tidak menimbulkan isu tersebut kerana tidak ketandusan idea dan sayangkan keharmonian negara.


"Malangnya, (penyokong) pembangkang kini (Perikatan Nasional) cuba mainkan naratif yang mengelirukan rakyat yang akhirnya akan memberi kesan kepada masyarakat," ujarnya lagi.


Sementara itu, bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi kenyataan media mengesahkan upacara perkahwinan pasangan beragama Hindu sebagaimana tular di media sosial itu tidak menyalahi agama Islam selain menjelaskan perkara itu adalah prosedur biasa JPN.


Tambahnya, selagi mana proses pengesahan perkahwinan bukan Islam secara sekular tersebut tidak melibatkan sebarang ritual keagamaan, ia masih dibenarkan dari segi hukum syarak.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page