Isu penerokaan haram: Kerajaan Selangor selesaikan masalah hampir 40 tahun dalam 7 bulan



Masalah penerokaan tanah kerajaan secara haram selama 40 tahun oleh penduduk di Bestari Jaya telah diselesaikan dalam tempoh 7 bulan oleh pentadbiran Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Menurut Amirudin, isu Ladang Tennamaram yang telah diteroka oleh penduduk setempat sejak 4 dekad lalu timbul apabila kawasan yang diusahakan mereka telah dipajakkan sebahagiannya kepada dua buah syarikat, iaitu Syarikat Biasan Suria Sdn. Bhd dan Syarikat Trilion Project Sdn. Bhd.


Pemajakan itu, kata MB, menyebabkan peneroka meminta pihak Kerajaan Negeri campurtangan, dan satu Jawatankuasa Siasatan Dalaman (JKSD) telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan lanjut pada bulan Mei lalu. Di antara 5 anggota jawatankuasa itu, kata Amirudin, termasuklah wakil Unit Integriti dan Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.



"Berdasarkan syor yang telah dikemukan oleh Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri pada 19 Ogos 2021, saya telah mengarahkan Setiausaha Politik, YB Juwairiya Zulkifli untuk mengadakan perbincangan dan perundingan antara pihak syarikat dengan pihak peneroka dengan kehadiran Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).


"Seterusnya, hal ini dibawa ke Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang telah bersidang pada 10 November 2021 dan seterusnya dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 17 November lalu," kata Amirudin dalam sidang media di Shah Alam tengah hari tadi.


Menurut MB lagi, sesuai dengan syor jawatankuasa berkenaan, Kerajaan Negeri dengan itu bersetuju membatalkan pajakan tanah berjumlah 96.4 ekar kepada dua syarikat terdahulu dan akan diberi gantian pajakan di kawasan lain untuk tujuan pertanian dan penternakan.


Tanah tersebut, sebaliknya akan dipajakkan kepada pihak PKPS selama 21 tahun dan PKPS perlu membuat pemutihan terhadap hampir 400 orang peneroka yang memohon.


"Hasil daripada perundingan antara pihak PKPS dan kesemua kumpulan peneroka yang berminat, telah mencapai kata sepakat bahawa para peneroka bersetuju untuk mendaftar sebagai pemajak melalui PKPS.


"Untuk makluman, isu yang membabitkan 96.4 ekar ini pada masa sama telah menyelesaikan isu peneroka haram di tanah PKPS sejumlah 795.76 ekar, di kawasan yang sama.



"Justeru, jumlah keseluruhan pertikaian tanah antara peneroka yang berjaya diselesaikan di Ladang Tennamaran adalah berjumlah 892.16 ekar.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan kerjasama dalam usaha kita mencari jalan tengah untuk menyelesaikan pertikaian ini," katanya lagi.


Penyelesaian menang- menang itu, tegas Amirudin, merupakan satu lagi bukti komitmen Kerajaan Negeri yang akan sentiasa mencari formula terbaik demi menguntungkan rakuat dan memenuhi kepentingan semua pihak.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER