top of page

Isu pelarasan pencen veteran tentera akan dibawa ke sidang parlimen



Isu pelarasan pencen veteran tentera akan dibawa ke sidang parlimen dan ke pengetahuan Perdana Menteri Malaysia.


Hal itu dijanjikan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan yang merasmikan "Simposium Bekas Tentera dan Warganya" yang dianjurkan gabungan NGO-NGO veteran Angkatan Tentera malaysia (ATM) pada Sabtu.


Menurut beliau, isu pelarasan pencen tersebut pernah beliau bawa dalam Dewan Rakyat sebelum ini namun dalam simposium berkenaan isu tersebut dikupas lebih jelas.


Kata Sany, beliau maklum ketidak puasan hati veteran terhadap jawapan yang diberikan Kementerian Pertahanan terutama mengenai jumlah veteran yang menuntut penyelarasan berkenaan.


"Persatuan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri. Saya rasa ini perjuangan kita bersama. Saya sebagai Ahli Parlimen, kuasa nak menentukan bukan pada saya tetapi saya boleh bawa kepada Menteri Pertahanan.


"Ada beberapa tuntutan tetapi tuntutan utama adalah berkenaan penyelarasan pencen kepada mereka yang ada pencen, yang berkhidmat lebih 21 tahun.


"Kita akan bawa dalam sidang parlimen. Akan kita ulang dan ada memorandum yang diserahkan kepada saya, dan akan saya sampaikan kepada YAB Perdana Menteri," katanya dalam sesi tanya-jawab pada sidang media selepas simposium berkenaan.


Di samping itu, Sany yang juga Timbalan Pengerusi Tekun Malaysia turut menguar uarkan mengenai dana khas Tekun yang mengutamakan pemberian pinjaman perniagaan kepada veteran tentera


Katanya, jumlah dana diperuntukkan lebih kurang RM10 juta dan banyak veteran yang tidak mengetahui hal itu. Sementara beliau juga berjanji akan memudahkan urusan dan kelayakan permohonan peminjam yang menjadi masalah kepada sesetengah veteran sebelum ini.


Mengenai sama ada beliau akan berbahas atau membawa dalam bentuk usul di Dewan Rakyat berhubung isu pelarasan pencen, kata Sany, hal itu akan diputuskan setelah bertemu Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.


"Saya akan bincang dengan Adly Zahari Timb Menteri Pertahanan sama ada perlu dibawa usul atau pun (dalam) pembentangan bajet pada bukan Oktober. Kita dibenar berbahas dan saya akan bawa dalam perbahasan itu atau dalam soalan saya," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page