top of page

Isu pekerja asing: KSM bincang bidang kuasa dengan KDN



Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan membincangkan isu berkaitan bidang kuasa berkaitan pekerja asing bagi memastikan tidak berlaku pertindihan kuasa antara kementerian.


Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi perbincangan mengenai dasar dan operasi dengan lebih terperinci.


"Sehari selepas angkat sumpah (dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia) perkara pertama saya lakukan ialah berjumpa dan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) dan antara isu berbangkit ialah tentang pekerja asing.

"Saya dah cakap dengan dengan beliau dan minta untuk adakan satu pertemuan untuk bincang tentang dasar dan operasi pekerja asing di Malaysia secara lebih terperinci terutama berkaitan bidang kuasa kedua-dua kementerian itu.


"Kita akan buat pengumuman selepas perbincangan tersebut," katanya dipetik.


Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) pada Sabtu bagi menyempurnakan penyerahan naik taraf sistem penyaman udara dan elektrik di zon menunggu di jabatan kecemasan dan trauma oleh pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam.


Beliau yang juga merupakan wakil rakyat kawasan itu memaklumkan semua projek itu telah dijalankan Oktober lepas dengan peruntukan RM230,000 dan siap sebulan kemudian. Naik taraf itu dijangka akan memberi manfaat kepada 500 pesakit dan 300 kakitangan HBM setiap hari.


Sementara itu Steven Sim memaklumkan, beliau telah mengkaji semua jabatan dan badan berkanun di bawah KSM untuk membuat penelitian serta beliau juga akan meneruskan kesinambungan menteri terdahulu.


"Perubahan berlaku dalam kerajaan yang sama dan kita akan memastikan ada kesinambungan pada dasar-dasar yang baik manakala mana-mana dasar yang memerlukan penambahbaikan kita akan buat selepas ini.


"Beri saya sedikit masa untuk meneliti kementerian ini dahulu, bukan sahaja jabatan-jabatan malah dasar kementerian dan kita akan buat pengumuman dari semasa ke semasa," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page