top of page

Isu patung Mazu: Utamakan kemudahan asas Kudat terlebih dahulu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 13, 2023
  • 2 min read


Isu pembinaan patung Mazu atau dewi laut dalam kepercayaan masyarakat Cina yang dibatalkan hampir 20 tahun lalu kembali kontroversi apabila ada ura ura pembinaannya dipertimbangkan semula sebagai daya tarikan pelancongan.


Bagi Yang Dipertua Angkatan Belia Islam (ABIM) Sabah, Mohd Nur Hilme Milus, isu berkenaan harus diselesaikan secara melihat realiti sejarah dan lokasi pembinaan yang tidak dipersetujui oleh masyarakat Islam yang menjadi majoriti penduduk di kawasan berkenaan


Dari segi sejarah, katanya, Kudat banyak melahirkan tokoh pejuang tempatan yang berusaha melepaskan Kudat dari diganggu serta dipengaruhi budaya luar maka tidak wajar unsur budaya asing mahu dibawa masuk ke daerah itu.


"Kudat mempunyai sejarah sebagai pusat penempatan British yang pertama sekitar tahun 1773 iaitu lebih awal daripada Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819)


"Kemudian pada era kemerdekaan, tokoh yang disanjungi Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun berasal dari Kg. Limau-Limauan, Kudat, merupakan pejuang awal menentang pendudukan Jepun dan terlibat secara langsung dalam proses kemerdekaan.


"Pada masa dahulu, Kudat juga merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Pertama Sabah sebelum berpindah ke Sandakan dan Jesselton (Kota Kinabalu).


"Melihat kepada sejarah penting ini, adalah tidak wajar membawa elemen luar yang berunsurkan agama atau budaya asing ke Kudat walau atas dasar pelancongan," Nur Hilmie dalam satu kenyataan.


Malah, kata beliau, lebih wajar sekiranya Kerajaan Sabah membangunkan terlebih dahulu kemudahan asas mencukupi untuk rakyat dan menokhtahkan kemiskinan tegar.


Dengan cara itu, jelasnya, penduduk Kudat akan lebih menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri.


"Arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas mengarahkan kepada usaha menoktahkan senarai penduduk miskin dan miskin tegar. Seharusnya usaha ini diberi keutamaan untuk mengurangkan jurang kemiskinan yang memberikan impak besar kepada aliran pembangunan ekonomi negeri," katanya.


Selain itu Nur Hilmie juga berharap lebih banyak pelaburan di bawa masuk seperti cadangan membina laluan kereta api, pelabuhan dan paip gas ke Kudat agar penduduk tempatan boleh bekerja di sektor terbabit serta tidak hanya mengharapkan sektor pelancongan.


Begitu juga katanya, menaiktaraf kemudahan seperti air bersih dan jalan raya yang baik.


Menurut beliau lagi, pelancong akan lebih tertarik untuk mengunjungi Kudat sekiranya terdapat jalan raya yang baik dan bekalan air bersih di kemudahan inap desa yang ketika ini seringkali menghadapi gangguan bekalan.


Isu pembinaan patung Mazu berketinggian 32 meter pernah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) pada awal 2006, namun kerja-kerja tapak yang sudah bermula diarah dihentikan pada Mei tahun yang sama berikutan bantahan masyarakat Islam setempat.


Berikutan pemberhentian itu dan pembatalan kebenaran daripada PBT. Bekas Ketua Menteri Sabah yang memulakan cadangan pembinaan Tan Sri Chong Kah Kiat kemudian menyaman Ketua Menteri pada masa itu, Tan Sri Musa Aman dan tiga yang lain pada Disember 2008. Namun keputusan akhir Mahkamah Persekutuan pada 2010 menolak rayuan Kah Kiat berhubung keputusan kerajaan negeri mengubah kelulusan pembinaan patung berkenaan.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page