top of page

Isu Palestin: PM tegur Harakah, semua pihak perlu kerjasama


Oleh: Abdullaj Zaid


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak termasuk pembangkang untuk bersatu hati dan membawa idea yang boleh meleraikan penderitaan rakyat Palestin.


Menerusi Waktu Pertanyaan Menteri, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun tampil menjelaskan kekecewaan beliau terhadap laporan akhbar Harakah bertajuk 'Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin?' yang memaparkan bendera Israel di belakang gambar pemimpin nombor satu negara itu.


Justeru, Perdana Menteri menggesa perkara tersebut dibetulkan oleh media rasmi Pas itu.


"Mengapa saya marah, gambar saya di belakangnya bendera Israel, jadi YB harus faham yang YB juga keras dan marah dengan Israel, saya pun begitu. Jadi apabila dibuat begitu walaupun tiada caption, saya rasa Harakah boleh betulkan.


"Tidak apa hendak tegur, hendak marah, kritik saya dalam soal lain saya terima dengan baik tetapi dalam hal ini, jangan," katanya.


Terdahulu, Datuk Ahmad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36, meminta Perdana Menteri menarik semula perkataan ‘biadab’ dan ‘kurang ajar’ yang ditujukan kepada Dewan Ulama Pas berhubung laporan media itu.


Jelasnya, tajuk akhbar Harakah bukan tuduhan tetapi hanya persoalan yang dikemukan selain senada dengan pendirian Perdana Menteri berhubung konflik berdarah itu.


"Jika penjelasan dibuat itu, saya ucapkan terima kasih dan kita boleh bergerak ke depan," kata Perdana Menteri.


Dalam pada itu, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) bangkit mencelah menggesa kedua-dua pihak menumpukan usaha bersama memandangkan angka korban rakyat Palestin mencecah 10 ribu jiwa.


"Saya harap kedua belah pihak, kita hapuskan tularan yang tidak perlu. Tumpukan kepada usaha bantu rakyat Palestin dengan apa cara sekalipun," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page