Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkunjung ke pejabat Liga Muslim Sedunia atau Rabitah Alam Islami bagi membincangkan secara lebih mendalam isu pembunuhan beramai ramai umat Islam di Gaza, palestin.
Beliau disambut oleh Setiausaha Agung Rabitah, Sheikh Dr Abdul Karim Issa dalam pertemuan itu.
"Saya berkesempatan berkunjung ke pejabat pertubuhan Islam yang berpengaruh yakni Rabitah Alam Islami (World Muslim League) di Riyadh, Arab Saudi.
Kunjungan saya bersama Menteri Luar Dr Zamry Kadir dan delegasi Malaysia disambut dalam suasana persahabatan yang erat oleh Setiausaha Agung Rabitah, Syekh Dr Abdul Karim Issa.
Perbincangan kami seputar isu pembantaian terhadap Palestin dan kesepakatan yang harus diambil oleh pimpinan negara-negara Islam dan rangkaian ulama' sedunia," katanya.
Selain itu, kata PM, beliau turut membincangkan isu dakwah dan pendidikan Islam bersempena Muzakarah Ulama' Antarabangsa yang bakal dianjurkan di Malaysia kelak.
PM dalam pada itu dijadualkan akan berangkat ke Turkiye sebelum ke Mesir untuk mencari jalan bagi mengusahakan perdamaian atau sekurang kurangnya membuka koridor kemanusiaan di wilayah Gaza yang sedang dikepung dan dibedil tentera Israel setiap hari.
* Foto: Fath Rizal PMO
Comentários