top of page

Isu Palestin: Jangan label Hamas militan, pengganas



Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur peranan media tempatan supaya sensitif dengan pelaporan melibatkan isu Palestin.


Hal itu kerana, pelaporan yang menggunakan perkataan militan dan pengganas terhadap pejuang Hamas masih lagi digunakan oleh segelintir media tempatan.


"Saya setuju media kita dan seluruh negara (tidak panggil Hamas sebagai militan).


"Sebab itu dalam jawapan saya minggu lalu, saya sengaja kaitkan tentang kedudukan Kristian yang jadi mangsa keganasan Yahudi supaya rakyat Malaysia tahu orang Islam atau bukan Islam tahu isu bahawa ia isu kemanusiaan dan kezaliman dilakukan (Israel)," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) meminta kerajaan menegur dan ambil tindakan ke atas segelintir media masih menggunakan Hamas sebagai militan atau pengganas.


Mengulas lanjut, mengambil perjuangan tokoh perjuangan Nelson Mandela yang menentang dasar Aparteid pada ketika itu juga dituduh sebagai pengganas.


"(Satu ketika dahulu) ANC (Kongres Kebangsaan Afrika) dituduh pengganas, tetapi Almarhum Tunku Abdul Rahman memberi sokongan dan ia berterusan. Tatkala kita sokong ANC, ini pemimpin-pemimpin sebelum saya, kita tidak iktiraf kenyataan dunia barat bahawa Nelson Mandela itu kepala pengganas.


"Untuk Malaysia saya setuju, harus ada kesedaran, semua media juga harus faham kegelisahan dan sensitiviti rakyat, dan mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk membantah dan bertindak. Saya ungkapkan dispossession tanah, harta, maruah, yang ia terus diperkosa dan dihina, jadi ada hak untuk mereka (hamas) bangkit," ujarnya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page