top of page

Isu Palestin: Anwar bawa suara umat Islam Nusantara ke persada dunia

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 19, 2023
  • 2 min read


Konflik ketenteraan di antara Israel dan Palestin yang menggugat umat Islam sedunia memperlihatkan kesungguhan dan usaha Perdana Menteri Malaysia (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan isu penindasan ke atas rakyat Palestin yang telah berlarutan sejak 7 dekad.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, peperangan di Asia Barat itu juga menaikkan nama Anwar yang telah menyuarakan isu penjajahan Israel di Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu dan hari ini di persidangan Negara-Negara Islam (OIC) di Riyadh, Arab Saudi.


"Pendirian Anwar dalam soal Palestin mungkin tidak disenangi oleh pentadbiran Amerika Syarikat di White House.


"Tetapi dalam isu Palestin, Anwar telah menjawab persoalan siapa beliau sebenarnya.


"Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini pernah ditohmah sebagai pro-Amerika. Tetapi kini beliau jelas membuktikan bahawa PM membawa suara dari dunia Nusantara, dari Asia Tenggara dan suara dari benua Asia yang berani menyatakan pendirian walau terpaksa berdepan dengan Amerika Syarikat, kuasa dunia terbesar dan terkuat sekarang ini," kata Hassan dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, Anwar muncul pada waktu yang tepat di tengah tengah kemuraman dunia Islam yang tidak punya ramai pemimpin dikagumi selain Presiden Turkiye Recep Tayyib Erdogan, Presiden Indonesia Jokowi dan mungkin Putera Mahkota Arab Saudi Muhammad bin Salman.


"Selain dari Presiden Turkiye, Recep Edorgan dan Joko Widowo atau Jokowi, Presiden Indonesia, kini muncul Anwar Ibrahim dari Malaysia membarisi senarai pemimpin dunia Islam yang dipandang tinggi dan perlu diberi perhatian.


"Pendirian Anwar dalam isu Palestin dengan kenyataannya yang lantang dan tegas mengutuk kezaliman regim Zionis Israel sangat bermakna kepada rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan berbilang agama serta teguh memperjuangkan keadilan sejagat," kata Hassan lagi.


Pada waktu ini, PM sedang dalam rangka kerja menghadiri persidangan OIC. Dijangka beliau akan mengunjungi beberapa negara Asia Barat membincangkan isu berkenaan secara lebih mendalam.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page