Isu nasi Arab: Menteri KKD mahu SKMM siasat segera


Isu tohmahan kononnya Perdana Menteri (PM) serta beberapa Ahli Parlimen bermewah mewah makan nasi Arab perlu disiasat segera oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil tohmahan yang dilakukan pemilik akaun Facebook Sam MY tersebut keterlaluan kerana melibatkan ahli politik KEADILAN yang telah pun meninggal dunia tetapi digambarkan sebagai turut sama menjamah menu mewah.
"Ini adalah satu fitnah jahat dan sangkaan buruk oleh seorang individu bernama Sam MY.
"Pemfitnah ini telah menggunakan gambar lama iaitu individu di kanan gambar, Abd Rahman Yusof, kenalan lama saya dan telah meninggal dunia pada 8 Jun 2021, dalam fitnah ini.
"Saya telah mohon SKMM, PDRM siasat segera," katanya.
Gambar yang dimuat naik ditohmah kononnya PM sedang makan bersama beberapa individu menikmati hidangan daging unta.




Comments