top of page

Isu Najib: Utamakan rakyat, jangan ulangi kecelaruan politik - AMK Selangor



Isu pengurangan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dimainkan ke tahap 'menggelegak' oleh pihak tertentu dalam Pakatan Harapan (PH) dan BN tidak boleh dibiarkan berterusan.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Dr Mohd Fauzi Fadzil, kesepaduan Kerajaan Madani perlu dipertahankan dalam situasi apa pun memandangkan harapan rakyat untuk kerajaan tersebut memulihkan negara terlalu tinggi.


Katanya, ahli politik Malaysia perlu belajar daripada kegagalan politik bekas Presiden Mesir, Dr Mohamad Morsi sedekad lalu dalam mentadbir negara itu melalui aliansi 11 parti politik yang kemudian bercakaran sesama sendiri dan memberi ruang tentera merampas kuasa serta kembali menekan demokrasi.


"Kerajaan tersebut (Morsi) gagal berfungsi dengan baik akibat kegagalan 11 parti politik yang membentuk Perikatan Demokratik Mesir yang bertelagah sesama sendiri sehingga mengabaikan kehendak penting rakyat, termasuklah mengawal harga makanan (roti).


"Wujud tanggapan Dr Morsi tidak mewakili kehendak rakyat dan hanya mewakili kelompoknya sahaja, naratif tersebut telah menjadi asas kepada kempen untuk memesongkan sokongan rakyat daripada beliau.

Dr Mohd Fauzi Fadzil

"Pengajaran penting perlu diambil daripada kegagalan kerajaan Perikatan Demokratik Mesir itu.


"Pada masa kini Kerajaan Madani telah dibentuk di Malaysia hasil gabungan 19 parti politik, setiap parti politik mempunyai ideologi dan prinsip yang berbeza namun dapat disatukan melalui naungan Yang di-Pertuan Agong dan cita-cita untuk memperbaiki Malaysia supaya kembali menjadi kuasa besar ekonomi Asia berasaskan tata kelola yang baik.


"Namun cita-cita tersebut sedikit tergugat apabila keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula diperdebatkan," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, kata beliau, kenyataan Pengarah Komunikasi AMK Malaysia, Haziq Azfar baru baru ini mengulas situasi yang memanas tidak wajar disalahertikan.


Katanya, kenyataan itu merupakan teguran ikhlas supaya semua pimpinan Kerajaan Madani kembali fokus terhadap usaha mengukuhkan sokongan anak muda, khususnya Melayu dan mengendurkan persengketaan antara satu sama lain.


"Kepimpinan AMK telah berhubung dengan Haziq Azfar berkenaan kenyataan tersebut, maklumbalas yang beliau berikan sememangnya jujur dan tidak bertujuan untuk memperkecilkan mana-mana pihak. Seluruh kepimpinan AMK menghormati mana-mana pihak untuk memperjuangkan nasib Datuk Seri Najib Razak atas landasan undang-undang.


"Teguran tersebut dikeluarkan hanya sekadar untuk mengingati sesama rakan kepimpinan Kerajaan Madani agar tidak memperbesarkan keputusan Lembaga Pengampunan.


"Justeru sekali lagi pesanan untuk semua pihak termasuk kepimpinan AMK dilaungkan agar kita mencontohi sikap dan disiplin pemimpin tertinggi parti komponen Kerajaan Madani, sikap berlapang dada antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi patut dicontohi kerana mampu menyelesaikan masalah secara dalaman dan beradab," katanya.


Dr Fauzi menegaskan sayap pemuda kedua dua pihak, sama ada PH mahu pun BN perlulah fokus kepada usaha menarik anak muda untuk bersama perjuangan Kerajaan Perpaduan membina Malaysia baharu.


Tidak wajar pergerakan pemuda, katanya, bertelagah sesama sendiri dan pemuda PN pula mengambil peluang menangguk di air yang keruh.


"Kepimpinan AMK sekali lagi memohon agar semua sayap belia di dalam parti komponen Kerajaan Madani untuk melupakan perselisihan yang berlaku, kegagalan kita untuk kembali fokus kepada kehendak dan kemahuan rakyat bakal menyebabkan nasib kerajaan Perikatan Demokratik Mesir menimpa Kerajaan Madani.


"Jika ada terkasar bahasa atau salah faham, maka kita lupakan. Kita buang yang keruh sepanjang perselisihan yang telah dilalui, kita ambil yang jernih untuk mematangkan diri sebagai bakal pewaris kepimpinan negara," katanya lagi.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page