top of page

Isu monopoli DNB: Keputusan akan dibuat dalam seminggu atau dua



Pemecahan monopoli syarikat Puspakom dan Touch n Go dalam bidang masing masing telah menarik minat rakyat untuk menyaksikan satu lagi legasi monopoli era sebelum Kerajaan Perpaduan, iaitu perniagaan spektrum 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB) mungkin akan dipecahkan.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil bagaimanapun ketika mengulas hal berkenaan membayangkan keputusuan hanya akan dibuat mengenai konsep perniagaan 5G di negara ini dalam dua minggu akan datang.


Katanya, mungkin satu keputusan penting diumumkan menentukan hala tuju seterusnya perkhidmatan 5G tersebut.


"Kita (buat masa ini) belum buat keputusan dasar. Harapan saya menjelang seminggu, dua ini akan diputuskan.


"Kita tidak semestinya melihat hanya dari sudut monopoli. Ada banyak perkara yang perlu kita beri pertimbangan. Kita akan umumkan dalam seminggu dua ini, untuk DNB," katanya selepas majlis menyampaikan sumbangan Back To School dari TNB di parlimen Lembah Pantai, tengah hari tadi.


Untuk perkhidmatan telekomunikasi sedia ada pula, kata Fahmi, tidak berlaku perniagaan monopoli kerana banyak syarikat yang diberi lesen menawarkan perkhidmatan.


Malah katanya, isu syarikat saluran televisyen berbayar seperti Astro yang ditimbulkan sedikit masa lalu juga bukan isu serius kerana banyak syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan serupa.


"Saya belum arahkan kementerian untuk teliti atau audit aspek monopoli (DNB). Bidang telekomunikasi sebagai contoh, banyak penyedia perkhidmatan, dan tidak berlaku monopoli. Banyak pemegang lesen. Sama ada kurier, syarikat pemasangan atau pembinaan menara telekomunikasi. Banyak penyedia perkhidmatan.


"Ada yang pernah tanya (saya) tentang Astro. (Tanpa melanggan Astro) boleh pakai MYTV, RTMklik dan sebagainya," kata Fahmi menjawab soalan pemberita.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page