top of page

Isu MB T'ganu 'ditahan' di lapangan terbang helah alih perhatian rakyat?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 15
  • 2 min read


Oleh Akmal Manaf


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar seharusnya memikirkan semula keperluan pertambahan bilangan penjawat awam di negeri itu yang saiznya agak besar, berbanding isu dirinya ditahan sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.


Bagi Ketua Wanita KEADILAN Terengganu, Armila Alias, apa yang lebih penting adalah memperhalusi semula keperluan jumlah penjawat awam Terengganu yang menghampiri 14,000 orang sehingga menekan kewangan negeri untuk membayar gaji dan bonus.


Justeru, Armila beranggapan isu penahanan tersebut timbul mungkin kerana Menteri Besar Terengganu itu tidak mempunyai modal lain untuk dibangkitkan menghadapi Kerajaan Madani bertujuan mengalihkan isu panas dalam negeri.


''Saya rasa Dr Sam (Ahmad Samsuri) tak ada isu nak cakap atau bangkitkan terhadap kerajaan sekarang.

Armila Alias
Armila Alias

''Jadi saya rasa beliau cuba mengalihkan pandangan sebab tak ada isu nak buat. Sebab kita nak pilihanraya (Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning). (Isu) harga barang naik pun tak ada, telur pun (mencukupi),'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu 'penahanan' Dr Samsuri yang juga Naib Presiden Pas ketika tiba dan balik di KKIA pada 6 dan 7 April lalu.


Selain itu, Armila juga ditanya tentang konsep tadbir urus yang sepatutnya dibawa oleh Ahmad Samsuri seperti isu pekerjaan dan naik taraf kemudahan di Terengganu yang katanya tidak begitu difokuskan oleh kerajaan Pas.


Pada 12 April lalu, tular di media sosial sekeping gambar memaparkan Ahli Parlimen Kemaman itu duduk di sebuah kerusi di kawasan KKIA.


Berdasarkan keterangan gambar tersebut, Ahmad Samsuri didakwa ditahan beberapa pegawai sebaik tiba di pintu masuk balai pelepasan sebelum dibawa ke tepi untuk pemeriksaan lanjut.


Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan semua orang kenamaan (VIP) di negara ini secara amnya berada dalam senarai Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) dan diawasi atas faktor keselamatan. Prosedur pemeriksaan pula tidak mengambil masa lama.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page