Isu masyarakat India: Bukan masalah peruntukan tetapi kemana dibelanjakan - Anwar



Kerajaan BN menggunakan kaedah yang salah dalam menyelesaikan isu kemiskinan dan kemelaratan masyarakat India sejak Merdeka.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan memberi tambahan peruntukan pembangunan, saham dan sebagainya kepada masyarakat India yang disalurkan melalui pemimpin MIC telah gagal total dan tidak boleh diteruskan.


Katanya, dengan polisi itu masyarakat India hanya akan bergembira apabila pengumumam dibuat menjelang pilihan raya namun hasil yang diterima sedikit sekali kerana dana telah dibelanjakan untuk tujuan yang salah.


"Perdana Menteri tukar, menteri tukar. MIC dari satu presiden ke satu presiden tetapi isu rakyat, isu masyarakat India miskin sama sahaja


"Sebab itu hari ini kita kena tanya. Ini bukan persoalan baru. Berpuluh tahun dengar (soal kemiskinan).


"Saya nak pikir soal pokok. Kalau kita minta peruntukan tambahan RM100 juta (untuk kaum India), boleh selesaikah masalah?


"Tak mungkin. Ini soal urustadbir. Soal kerajaan kita, komitmen kita. Dulu kita ada Maika. Saya tahu, dulu saya Menteri Kewangan. Bagi saham. Saya bukan bagi kepada Tan Sri, Datuk masyarakat India, bukan saya bagi tauke India, saya tulis untuk masyarakat India miskin. Apa jadi Maika?


"Jadi, jangan harap boleh selesai masalah masyarkat India kalau tak tukar pimpinan masyarakat India itu sendiri," katanya dalam ucapan di Majlis Perhimpunan Bersama Wakil Wakil dan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan India di Shah Alam, semalam.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu, pendekatan memberi kewangan kepada Maika, Mitra dan MIED untuk membantu masyatakat India tidak lagi berkesan kerana terbukti tidak ada laporan audit diberikan apabila diminta kepada Menteri yang bertanggungjawab mengemukakannya di Parlimen.


"Sudah Maika, Mitra pula, berapa kali Sivarasa, Prabakaran (Ahli Parlimen KEADILAN) bising soal Mitra? Mana dia laporan, audit, pasal apa belanja tak betul?


"Ada jawab? Yilek. Tak ada jawab


"Kemudian pergi kempen mesti sokong hanya MIC. Wang telah diberikan, tak ada laporan.


"Habis itu, MIED sama juga RM80 juta, datang PM tambah RM5 juta. Bukan soal duit tetapi bagaimana dibelanjakan.


"Jadi sebab itu saya kata sistem ini sudah rosak. 1MDB hilang berbilion, LCS hilang, dulu lembu punya kes hilang. Lembu punya duit pun mau curi ka?


"MARA tolong orang Melayu, curi. Tabung Haji duit orang mau pergi haji, curi. Apa jadi ini negeri? Ketua ketua macam ini boleh harap tolong masyarakat India? Saya jawab masyarakat Melayu miskin pun dia tak boleh jaga," katanya.


Anwar menyarankan pendekatan baharu untuk membantu semua kaum dilaksanakan. Biar pun tidak sempat dilakukan dalam tempoh 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah, namun katanya pendekatan itu yang terbaik sekiranya PH diberi sekali lagi peluang memerintah.


"Sebab itu kalau tanya pendekatan saya, apa masalah rakyat kita? Pendidikan. Mesti ada program, siapa sahaja anak yang pandai, apa lagi dia miskin mesti kita tolong.


"Ramai anak melayu miskin tak tolong. Ramai anak India pandai miskin, tak tolong. Mesti kita mula polisi macam ini," katanya.


Justsru, beliau menyarakan masyarakat India supaya berfikiran lebih kritikal dalam memilih pemimpin.


Banyak pemimpin BN - PN katanya hanya berjanji untuk menyelesaikan masalah tetapi tidak menyelami punca masalah orang India dan tidak tahu jalan terbaik bagi membantu kelompok yang benar benar memerlukan.


Katanya, berkeza dengan pemimpin PH yang akan menyelami masalah mereka dan mencari solusi terbaik.


"Kalau kamu percaya saya jadi ketua, saya kena dengar dan mesti ada kasih dan sayang. Ini bagi saya isu fundemental," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER