top of page

Isu MA63 jadi keutamaan, kedaulatan Sabah terus dipertahan - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 31
  • 1 min read


ree

Komitmen Kerajaan MADANI terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah menyeluruh dan konsisten, bukan sekadar janji bermusim ketika pilihan raya.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sejak mengambil alih pentadbiran negara lebih dua tahun lalu, Kerajaan telah mengambil langkah konkrit untuk merealisasikan pelaksanaan MA63, termasuk menyelesaikan sembilan tuntutan utama yang tertangguh sekian lama.


Setakat ini jelasnya, sembilan tuntutan utama yang telah tertangguh sejak sekian lama berjaya diselesaikan.


"Ini menunjukkan kesungguhan kita, sebab itu kita selesaikan sembilan perkara utama yang tertangguh selama puluhan tahun. Malah isu-isu yang lebih besar seperti berkaitan minyak, kita juga boleh selesaikan dengan Sarawak," katanya dipetik dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu.


Beliau sementara itu berkata, kerajaan turut komited membawa suara Sabah ke pentas serantau, antaranya mempertahankan kedudukan Sabah dalam sidang ASEAN serta meneruskan peranan Sabah dalam kerjasama Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur – Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).


"Kita bukan hanya bercakap soal dokumen, tapi juga pembangunan sebenar di lapangan. Setiap kali saya turun ke Sabah dan Sarawak, saya dengar sendiri keperluan rakyat dan kita bawa ke Jemaah Menteri untuk tindakan susulan," ujarnya.


Selain itu dalam isu kedaulatan wilayah Sabah, Kerajaan MADANI jelasnya telah tampil mempertahan hak Sabah dalam isu tuntutan oleh pihak Sulu, termasuk melalui perbelanjaan besar dan tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa.


"Ini soal maruah negeri. Kita tidak berdiam diri, sebaliknya kita tentang habis-habisan dan berjaya menepis tuntutan tersebut. Jangan pandang ringan usaha dan komitmen ini," tegas beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page