top of page

Isu MA63, bekalan air bersih akan diselesaikan segera - PM



Isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) yang sudah berlanjutan sejak puluhan tahun akan diselesaikan secepat mungkin.


Jaminan itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wilayah Sabah dan Sarawak ketika menyampaikan Amanat Perdana semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

"Dengan ini saya beri mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk selesaikan sedaya upaya apa sahaja perjanjian yang telah dimeterai di dalamnya dan laksanakan.


"Ada pihak memperolok kerana kononnya kerajaan mahukan jaminan sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


"Saya jawab, itu memang ada, akan tetapi yang lebih penting adalah kerana ia merupakan tanggungjawab pimpinan generasi kini adalah untuk melaksanakan sumpah setia dan janji bapa kemerdekaan kita," katanya.


Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga Presiden KEADILAN turut menyentuh isu bekalan air bersih di Sabah dan Kelantan yang disifatkannya memerlukan perhatian segera.


Katanya, beliau amat komited dalam mencari jalan kepada isu tersebut setelah mendapat input permasalahan daripada pemimpin negeri berkenaan berhubung masalah yang membelenggu kedua-dua negeri sejak sekian lama.


Justeru beliau akan mengundang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam tempoh dua minggu ini untuk mencari jalan penyelesaian masalah air di kedua-dua negeri.


"Kalau pun perlu berbilion ringgit kita mesti cari dan selesaikan tahun ini juga kerja-kerja.


"Yang penting rakyat setelah 60 tahun merdeka tidak boleh dibebankan sampai tidak ada air bersih untuk minum," katanya disambut sorakan perwakilan semua komponen parti kerajaan yang hadir.


Ketua ketua parti pada akhir Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menandatangani Tekad Buat Malaysia yang melambangkan kerjasama padu 20 parti untuk memastikan kerajaan berfungsi dengan baik dan kebajikan rakyat terus terbela.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page