top of page

Isu LCS: Menteri Pertahanan nafi perjanjian keenam ketepi peranan AGC



Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan berlakunya sebarang kekurangan dalam mengelola perjanjian keenam projek kapal tempur pesisir (LCS).


Bercakap dalam sidang media di Parlimen semalam, Mohamad berkata laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak tepat menggambarkan Kementerian Pertahanan tidak mengambil kira pandangan Jabatan Peguam Negara ketika menandatangani perjanjian tambahan keenam yang ditandatangani bersama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.


"Laporan itu mengatakan bahawa kami tidak mengambil kira pandangan AGC. Itu salah sama sekali kerana dalam proses dan rundingan ada wakil Peguam Negara. Dasar-dasar AGC pun kita telah guna pakai.


"Tetapi (mengenai) mendapat (kelulusan) hitam putih daripada AGC sebelum menandatangani perjanjian tambahan keenam, saya fikir itu adalah terlepas pandang di pihak kami," katanya.


Semalam PAC dalam laporannya menyebut Kementerian Pertahanan dimaklumkan perlu mengambil tindakan selanjutnya dan menyerahkan perjanjian tambahan keenam kepada AGC untuk kelulusan sebelum ia ditandatangani.


Perjanjian tambahan keenam itu ditandatangani pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (Lima 2023) pada Mei.


Dalam pemfailan syarikat induk Boustead Holding kepada Bursa Malaysia, kontrak tambahan keenam memerlukan anak syarikatnya, Boustead Naval Shipyard (BNS) untuk menghantar lima LCS dan tidak lagi 6 buah kapal seperti dalam kontrak awal.


Harga kontrak selepas semakan ialah RM11.2 bilion, meningkat daripada RM9 bilion sebelumnya. Manakala kerajaan telah pun mengeluarkan biaya RM6 bilion untuk projek berkenaan.


Projek pembinaan kapal yang bermula pada 2013 itu menjadi isu hangat menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 lalu apabila kerajaan telah berbelanja RM6 bilion namun syarikat membina LCS terlepas tarikh akhir pada 2019 untuk menghantar kapal yang pertama.


Selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk Jawatankuasa PAC telah melakukan lawatan kerja untuk meninjau kemajuan kerja-kerja pembinaan dan penyimpanan LCS pada 10 Jun tahun ini. Kemudian PAC mengadakan prosiding jawatankuasa sebelum mengeluarkan laporan yang dibentang di Parlimen semalam.


PAC dalam laporan itu menasihatkan Kementerian Pertahanan supaya mematuhi dan memastikan syarat yang disenaraikan dalam kontrak tambahan keenam dipenuhi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page