top of page

Isu KK Mart: 'Patuhi titah Agong, jangan hasut rakyat' - Lokman



Oleh: Abdullah Zaid


Titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim agar semua pihak berhenti mengambil kesempatan dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah kerana hal itu sudah dalam proses perundangan perlu dipatuhi.


Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, gesaan umat Islam supaya memboikot kedai serbaneka KK Mart merupakan pilihan masing-masing namun katanya, tindakan ‘di luar batasan’ tidak boleh diterima sama sekali.


"Tiada sesiapa menghalang KK Mart (diboikot) itu pilihan individu tetapi kalau boleh jangan hidupkan isu kesalahan ini dengan bakar KK Mart .


"Perkara ini yang baginda titahkan supaya isu ini tidak diambil kesempatan termasuk jangan menghasut rakyat.


"Kita harus ingat titah ini bukan menunjukkan baginda tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Islam tetapi baginda tidak mahu tindakan di luar batas berterusan kerana ia memberikan kesan negatif terhadap keharmonian dan keselamatan negara," kata beliau dalam satu hantaran video di Facebooknya.


Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima mengadap Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Chai Kee Kan di Istana Negara berhubung insiden tersebut.


Dalam pertemuan yang diadakan selama 15 minit itu, Kee Kan memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking berkenaan di beberapa cawangan kedai serbaneka KK Mart.


Dalam pada itu, Agong bertitah semua pihak termasuk KK Mart perlu lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual, khususnya barangan import bagi mengelak perkara sedemikian berulang.


Mengulas lanjut, Adam berkata titah Seri Paduka Baginda itu wajar dipatuhi oleh semua pihak termasuk agar insiden sebegini tidak berlaku lagi.


"Baginda telah menitahkan semua pihak termasuk KK Mart lebih berhati-hati terhadap barang yang dijual supaya insiden sebegini tidak berulang lagi.


"Ia membuktikan baginda amat serius dalam hal ini, oleh itu semua pihak perlu berhati-hati untuk tidak membuat perkara yang menyentuh sensitiviti kaum di negara ini," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page