Politik Sabah yang tidak berubah sejak merdeka perlukan parti politik yang benar benar memperjuangkan suara rakyat marhaen untuk memerintah samada di peringat negeri mahu pun Persekutuan.
Calon Ketua Cabang KEADILAN Silam, Citra Masadi (gambar, kanan) berkata, selain isu keselamatan di Pantai Timur Sabah yang diletakkan di bawah zon Esscom sejak 2013, isu kecurian juga menjadi isu memprihatinkan, terutama selepas pandemik Covid 19 dan rakyat mengalami kekangan kewangan.
"Isu keselamatan di Sabah masih berlegar di Pantai Timur. Walaupun zon keselamatan Esscom diwujudkan tetapi keselamatan masih lagi jadi isu dan diadakan perintah berkurung sejak peristiwa Tanduo.
"Isu keselamatan ini perlukan perhatian bukan sahaja di laut tetapi di darat juga. Bukan sekadar Esscom sahaja tetapi isu kecurian dan perlunya rondaan rukun tetangga (cegah kecurian) selepas kita lalui pandemik. Kekangan ekonomi terjadi sehingga ada pihak terdesak melakukan ini.
"Ekonomi rakyat yang terjejas perlu diberi perhatian. Di Sabah isu ini meluas. Ekonomi rakyat tertekan untuk menyambung kehidupan. Ini perlu ditangani oleh kerajaan hari ini.
"Kita dalam KEADILAN sejak wujudnya parti pada 1999, kita terus memperjuangkan hak rakyat tetapi keterbatasan kuasa kita tidak banyak membantu
"Kerajaan Negeri atau Persekutuan perlu lebih agreasif naikkan ekonomi rakyat," katanya dalam temubual "Jangan Panas Bersama Sam" yang dimoderatorkan oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, malam tadi.
Menurut Citra yang juga mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah, satu lagi isu yang tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri ialah berkenaan subsidi minyak masak.
Katanya daerah Lahad Datu di mana terletaknya Silam merupakan kawasan ladang sawit yang sangat luas namun penduduknya tidak memperolehi minyak masak kampit yang amat diperlukan.
"Kita tengok isu subsidi, minyak masak, gula dan lain lain. Saya difahamkan untuk Silam pihak KPDNHEP ada beri 400 tan minyak masak untuk diproses tetapi bila rakyat mahu beli, tak ada minyak masak.
"Mungkin bagi orang berkemampuan hal ini tidak besar tetapi bagi B40 ini isu besar," katanya.
Manakala berkenaan isu debat Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Bajib baru baru ini, kata Citra, jelas dalam debat itu menunjukkan pihak manakah yang menjadi jurucakap rakyat dan pihak mana pula menjadi jurucakap golongan elit.
"Debat Anwar - Najib memperlihatkan dua pendekatan, di mana satu tokoh ingin menyelamatkan golongan elit dan satu lagi ke arah rakyat yang perlu dipertahankan terlebih dahulu.
"Sesuai dengan KEADILAN dengan tema 'perjuangan demi rakyat' maka apa pun isu dia perlu kembali kepada rakyat. Kita harus memikirkan kestabilan rakyat sebelum kita memikirkan perkara lain.
"Misalnya isu subsidi dialami seluruh negara, sedangkan kerajaan membelanjakan berjuta ringgit untuk susidi tetapi rakyat tidak dapat. Ini berlarutan. Kita harus membina kehidupan rakyat yang lebih baik," katanya.
Sementara itu, beliau yang bertanding di peringkat cabang dalam Pemilihan KEADILAN 2022 berharap anggota parti akan memilih calon yang mampu membawa perubahan pada kali ini kerana yang lebih penting ialah kemenangan kepada dalam Pilihan Raya Umum ke 15
"Pemilihan KEADILAN unik dalam parti. Sambutannya beragam. Kalau 2018 lalu momentum panas di mana mana.
"Kita dalam KEADILAN jelas mengamalkan demokrasi dan membuka siapa sahaja mahu bertanding di cabang, pusat, kita berbilang kaum dan kita rangkum semua generasi dan suku kaum dalam pemilihan ini," katanya lagi.
Comments