top of page

Isu keselamatan jalan utama di Ulu Yam selesai - Saifuddin Shafi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 1 min read
Jalan yang diturap baharu ditambah ciri keselamatan memberi keselesaan kepada pengguna
Jalan yang diturap baharu ditambah ciri keselamatan memberi keselesaan kepada pengguna

Penyelaras DUN Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad, meluahkan rasa syukur selepas isu keselamatan di Jalan Persekutuan FT01 berhampiran Ulu Yam yang dibangkitkan sebelum ini akhirnya berjaya diselesaikan.


Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya beliau memaklumkan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Selangor telah melaksanakan pemasangan dan penambahan jalur merah di laluan tersebut seperti yang diminta.


"Selain itu kerja mengecat semula jalinan silang pangkah yang telah pudar telah siap sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan.

Saifuddin Shafi Muhammad
Saifuddin Shafi Muhammad

"Ini merupakan langkah penting untuk memberi amaran awal kepada pengguna, sekaligus mengurangkan risiko kemalangan di kawasan ini," katanya.


Pada Jun lalu, Saifuddin menerima aduan penduduk mengenai situasi laluan tersebut yang berbahaya dan sering mencatatkan insiden kemalangan.


Beliau kemudian telah mengadakan tinjauan dan perbincangan bersama pihak JKR Daerah dan Ahli Majlis kawasan terbabit bagi mencari penyelesaian terbaik mengatasi kebimbangan dibangkitkan.


"Janji dilaksanakan, kata dikotakan, dan tindakan segera JKR amat dihargai," kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN Pusat itu.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page