top of page

Isu kemiskinan masih menghantui kerajaan, PPR pun gagal ditangani - Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa kerajaan masih lagi gagal untuk menangani isu kemiskinan dengan baik, meskipun pelbagai perubahan telah dilakukan.


Beliau berkata, kegagalan tersebut boleh dilihat dengan jelas menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR).


"Ketua Audit Negara sendiri menegur kerajaan bahawa PPR masih tidak dilaksana dengan cekap. Ini bukan masalah peruntukan, bukan masalah dasar tapi masalah korupsi.


"Soal pembinaan pun menggunakan kontraktor terpilih, banyak perkara yang tidak teratur. Nak bina rumah untuk rakyat termiskin pun ada kecurangan.


"Dalam audit juga menyatakan kualiti kerja pembinaan PPR kurang memuaskan dan penyelenggaran juga tidak dibuat dengan baik. Ini saya lihat sendiri di Wangsa Maju, Gombak, Ampang dan Kerinchi.


"Soal pembinaan PPR, nak dapat kelulusan paling susah. Sebab apa? Projek dapat tapi habuan kecil," katanya di Parlimen.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berpandangan, terdapat ketirisan terhadap peruntukan untuk golongan orang miskin.


"Kenyataannya masih menghantui kita. Kalau dahulu, Melayu miskin dan Cina kaya, itu jadi mantera. Tapi sekarang ada kenaikan jumlah Melayu maha kaya dan Melayu miskin.


"Kita harus terima kenyataan bahawa penyelesaian tidak berjaya diteruskan baik pemerintahan Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH).


"Jumlah peruntukan adalah RM28 bilion setahun tapi kita kena ingat bahawa ketirisan juga besar.


"Kebocoran berlaku dalam subsidi dan diagihkan kepada yang korporat dan orang politik. Perkara ini diulang audit negara setiap tahun. Ternyata masih ada masalah," katanya.


Anwar mengulas bagaimana sentiasa terdapat golongan senang mengambil wang golongan yang memerlukan.


"Saya akui saya bukan golongan bawah, sebab ayah saya ahli parlimen Umno tapi bagi saya, haram ambik wang bantuan, wang yang bukan wang mereka.


"Ramai sebenarnya yang tercicir. Terdapat pesara yang memperoleh KWSP yang 84 peratus daripadanya masuk kategori miskin. Itu boleh kata sebahagian daripada bilangan pegawai kerajaan.


"Sebab itu, pendekatan untuk menangani isu kemiskinan mesti berbeza dan lebih menyeluruh sekarang.


"Kalau tidak, ia akan jadi sekadar retorik. Semua seronok dan gembira dapat bantuan, tapi yang bocor yang sapu, dia tak tahu.


"Pastikan kebocoran dapat dihentikan dan pastikan wang ini khusus kepada yang tersasar," katanya.


Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyokong kenyataan Anwar dan menganggap ada kelemahan dalam menangani isu kemiskinan di negara.


"Ada kelemahan di peringkat dasar. Kita tidak melihat isu miskin bandar dan sering tertumpu pada luar bandar tetapi kadang-kadang tertinggal mengenai kemiskinan di bandar," katanya.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula mendedahkan bahawa data Bantuan Sara Hidup (BSH) menunjukkan golongan bukan B40 turut mendapat bantuan tersebut.


"Ada penerima yang memiliki BMW, ada penerima yang memiliki 50 motokar dan ada yang memiliki 40 motokar.


"Malah, dalam 7 per 10 penerima bantuan di Lembah Klang yang layak tapi tercicir.


"Jadi dari segi polisi seolah-olah tak ada kesungguhan komitmen dan cacatnya ketara. Kita bentang angka nampak seperti begitu baik tapi tak sampai kepada golongan memerlukan, itu lebih membimbangkan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page