top of page

Isu kekurangan petugas perubatan dalam penelitian KKM - Dr Zaliha



Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum isu kekurangan petugas yang sering dibangkitkan sebelum ini dan sedang meneliti secara terperinci masalah tersebut.


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa memberitahu pihak kementerian telah mengenal pasti keperluan penempatan petugas seperti doktor dan jururawat bagi memastikan tidak berlaku lebihan ramai petugas di sesebuah hospital dan klinik kerajaan sehingga menjejaskan jumlah kakitangan di hospital atau klinik kerajaan yang lain.

"Memang kita kenal pasti ada kekurangan tetapi sedang diteliti dan kita pun ada buat 'mapping' tentang keperluan petugas terbabit.


"Kementerian memang mengambil berat mengenai isu ini dan tindakan segera akan diambil mengenai hal yang dikemukakan," katanya.


Dr Zaliha sebelumnya ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Jenis 7 di Klinik Kesihatan Mata Ayer di Machang semalam.


Turut hadir adalah Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.


Sementara itu, ketika ditanya mengenai masalah yang dihadapi Penolong Pegawai Perubatan (PPP) berhubung jawatan kontrak, beliau berkata pihaknya akan melanjutkan tempoh kontrak setahun lagi kepada mereka yang terlibat.


"Jika ada kekosongan kita boleh serap ke dalam perjawatan tetap, jadi buat sementara waktu kita ambil langkah melanjutkan dulu kontrak mereka," tambahnya.


Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sebelum ini dilaporkan berdepan isu kekurangan kakitangan kesihatan terutamanya doktor dan jururawat yang dianggarkan hampir 2,800 kakitangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page