top of page

Isu kediaman pelajar di IPT akan ditangani - Zambry Kadir



Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengenal pasti universiti yang memerlukan penyelesaian berkaitan masalah kediaman pelajar.


Menterinya Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pihak pengurusan tertinggi KPT maklum bahawa terdapat beberapa universiti yang perlu menyelesaikan masalah itu pada kadar segera.


Justeru, katanya kementeriannya akan berbincang dengan pihak institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara bagi menangani masalah terbabit.


"Saya telah bincang dengan pihak pengurusan tertinggi KPT supaya kita kenal pasti universiti yang perlukan penyelesaian segera (masalah kediaman pelajar).


"Mereka telah maklumkan kepada saya beberapa universiti yang perlu kesegeraan untuk kita selesaikan masalah itu," katanya dipetik.


Zambry sebelumnya melawat Kolej Kediaman Ungku Omar, di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Sabtu.


Pada lawatan itu, beliau turut meluangkan masa mendengar keluhan serta masalah yang dihadapi pelajar berkaitan kediaman di dalam universiti itu.


"Sekarang lebih kurang 7,000 pelajar tinggal di kampus dan jangkaan kita ia boleh ditingkatkan kepada 14,000 kapasiti di sini pada Oktober tahun hadapan, namun saya juga bangkitkan tentang keselesaan pelajar.


"Saya buat tinjauan di beberapa unit yang ada dalam kampus dan bertanya pada pelajar, setakat ni mereka selesa. Nak tambah kapasiti pun kena ambil kira keselesaan mereka," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page