top of page

Isu Kampong Bharu: 'Fakta jelas, bukan fitnah' — Dr Zaliha

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 14
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Semua fakta dikemukakan di Dewan Rakyat mengenai pengambilan tanah Kampung Sungai Baru yang dikaitkan dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa adalah berdasarkan dokumen rasmi kerajaan yang direkodkan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) membuat penegasan itu sebagai menjawab tuduhan Annuar bahawa beliau berbohong kepada Parlimen pada Sesi Penerangan Menteri pada 9 Oktober 2025.


"Tuduhan (Annuar) yang dilemparkan adalah fitnah yang serius yang mencalar reputasi saya sebagai seorang Menteri, malah percubaan merendahkan integriti Parlimen itu sendiri.


"Sekiranya beliau mendakwa saya memesongkan fakta, maka beliaulah yang wajar tampil dan mengemukakan bukti sebaliknya," kata Dr Zaliha menerusi satu perkongsian di Facebooknya.


Dr Zaliha pada sesi penerangan Hala Tuju Pembangunan Kampong Bharu di Dewan Rakyat minggu lalu mendedahkan pengambilan tanah Kampung Sungai Baharu pada 2021 ketika era pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dibuat secara tergesa-gesa iaitu dalam tempoh tiga hari.


Beliau berkata, keputusan pengambilalihan kawasan termasuk flat dan lot teres menerusi Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) itu telah menimbulkan tanda tanya dan ianya wajar dijawab Annuar yang merupakan Menteri Wilayah ketika itu.


Sementara itu Dr Zaliha berkata, fokus Kerajaan MADANI kini memastikan penduduk yang bersetuju dengan pembangunan semula dapat kembali ke Kampung Sungai Baru dengan segera.


Kerajaan juga tegasnya terus komited memastikan penduduk memperoleh hak sewajarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page