top of page

Isu ‘kafir’ di luar konteks, penjelasan Fadhlina dialukan - AMK Kedah



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah menyambut baik penjelasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung penggunaan istilah ‘kafir’ yang diambil di luar konteks untuk mencalar kredibiliti beliau.


Sehubungan itu Pengarah Komunikasi AMK Kedah, Fitri Ismail tampil menjelaskan sumbangan Menteri Pendidikan tersebut bagi memartabatkan syiar Islam melalui sistem pendidikan yang bertentangan dengan tohmahan dilemparkan ke atas beliau.


"Antara inisiatif yang memberikan impak positif adalah penghayatan Hadis 40 di semua sekolah untuk murid beragama Islam.


"Selain itu, Minggu Solidariti Palestin yang pertama kali diadakan melibatkan semua sekolah di seluruh negara dan kutipan derma RM11.5 juta untuk Rakyat Palestin yang ditindas," katanya dalam satu kenyataan.


Jelas Fitri, inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan itu jelas menunjukkan komitmen Ketua Wanita KEADILAN tersebut meletakan Islam sebagai asas yang tinggi memartabatkan sistem pelajaran Malaysia.


"Justeru, AMK Kedah menyeru semua pihak untuk lebih bertanggungjawab di dalam menyebarkan sesuatu perkara dan berusaha untuk memahami konteks sebenar sebelum membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara supaya ia tidak disalah tafsir.


"Di kesempatan ini, AMK Kedah menyeru semua pihak memanfaatkan Ramadan yang masih berbaki ini dengan amal dan kebaikan, semoga amal ibadah kita semua diberkati Allah," ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page