top of page

Isu Jalur Gemilang: AMK T'ganu kesal Dr Akmal double standard

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 13
  • 2 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Terengganu, mendakwa reaksi balas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh dalam isu Jalur Gemilang di dua negeri berlainan sebelum ini, sebagai 'double standard'.


Ketua AMK Terengganu, Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin (gambar) mendakwa tindak balas Dr Akmal berhubung kejadian ralat Jalur Gemilang di Terengganu merupakan sesuatu yang mengecewakan kerana kesalahan didakwa ditujukan kepada pereka grafik yang membuat poster berkenaan.


''Tidak seperti tindak balas beliau dalam kejadian ralat jalur gemilang yang berlaku di Port Dickson tempoh hari, kenyataan balas Dr Akmal dilihat mengecewakan.


''Hakikatnya kesalahan itu dialihkan kepada pihak lain (pereka poster) sedangkan sebagai salah satu sayap pemuda yang penting dalam Kerajaan Perpaduan, kami percaya sebarang kandungan yang dikeluarkan perlu ditapis terlebih dahulu terutama sekali apabila ianya berkait perkara sensitif.


''Kami mengecam tindakan Dr Akmal yang sebelumnya dilihat sangat provokatif dan membuli rakyat biasa dengan pelbagai kenyataan yang tidak sewajarnya, sedangkan perkara sama tidak berlaku apabila ralat yang sama dilakukan oleh ahli Pemuda UMNO sendiri,'' katanya dalam satu kenyataan.

Jalur Gemilang tidak cukup jalur
Jalur Gemilang tidak cukup jalur

Md Asyraf berkata, fokus sayap pemuda dalam Kerajaan Perpaduan sepatutnya adalah mencari solusi dalam memperkukuhkan sokongan rakyat tanpa perlu membangkitkan isu-isu yang tidak seharusnya dijadikan bahan politik dan mempertingkatkan keyakinan rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.


Justeru, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan ‘double standard’ khususnya melibatkan rakyat biasa.


Dr Akmal semalam dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata: "Saya nak bagitahu juga pada Anthony Loke, baru lagi Malaysiakini keluarkan (laporan) Pemuda Umno Terengganu buat poster (bendera) tak cukup jalur, dua jalur tak cukup.


"Saya dah semak, kesilapan itu datang daripada orang yang (buat) poster itu dan kita bertanggungjawab. Saya sendiri menggesa tindakan yang keras atau laporan polis perlu dibuat kepada orang yang buat (poster) ini.


"Saya tak nak hanya minta maaf, walaupun ini adalah Pemuda Umno Terengganu…saya minta polis siasat dan kenakan tindakan yang keras," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page