top of page

Isu hutang peneroka: Anwar tuntut Mahiaddin mohon maaf, ganti rugi RM200j



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut Pengerusi Perikatan Nasional, Mahiaddin Yassin memohon maaf dalam tempoh 24 jam ke atas kenyataan fitnah yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa Anwar berbohong mengenai perlupusan hutang peneroka Felda.


PM juga meminta bayaran ganti rugi sebanyak RM200 juta di atas tuduhan yang dibuat oleh Mahiaddin sebelum ini.


Memetik laporan Malaysiakini, surat tuntutan yang dikeluarkan oleh firma guaman SN Nair and Partners itu meminta Mahiaddin melakukan permohonan maaf tanpa syarat dan tidak berbelah bahagi dalam cara dan bentuk yang akan diluluskan oleh Anwar, untuk disiarkan dalam akhbar-akhbar dan media pilihan Anwar.


"Penarikan balik surat tuntutan Muhyiddin dan kesemua kenyataan-kenyataan fitnah yang telah diterbitkan mengenai pekara ini secara umum serta-merta dan tidak berbelah bahagi serta memadamkan atau menarik balik segala komen yang menyinggung perasaan dan bersifat fitnah;


"Untuk Muhyiddin membayar kepada Anwar rugi dan/atau pampasan substantif sebanyak RM200 juta untuk kecederaan teruk yang dilakukan oleh Muhyiddin ke atas reputasi Anwar yang merupakan perdana menteri Malaysia terkini.


"Muhyiddin membayar segala kos guaman yang telah berbangkit daripada perkara ini," kata surat tuntutan berkenaan.


Dalam surat undang-undang itu juga, peguam Anwar berhujah bahawa sebagai jawapan kepada surat undang-undang Muhyiddin sendiri, perdana menteri telah membuat hantaran di Facebook pada 20 Julai dengan bukti yang didakwa diminta oleh Muhyiddin.


Peguam Anwar mendakwa Mahiaddin berniat jahat mendakwa PM tidak memberi sebarang maklum balas kepada pengerusi PN itu berhubung isu pengecualian hutang Felda.


Pasukan peguam Anwar juga mendakwa Mahiaddin tidak melihat ucapan penuh PM dan dikatakan telah mengambil kata-kata pengerusi PH itu di luar konteks.


Peguam perdana menteri berkata kenyataan PM telah disokong oleh pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek sebelum ini pada 8 Julai, sekali gus membuktikan dakwaan sebelum itu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page